“Lebih Baik Fokus Kepada Orang Yang Saya Perlu Hargai ..” – Naim Daniel

Penyanyi Naim Daniel mend3dahkan pernah menghubungi ibu bekas kekasihnya, Che r0haida Che Daud untuk berbicang secara baik namun ditolak.

Memetik laporan mStar, Naim bertegas supaya pihak Dayana atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah mengemukakan bvkti dan email kepadanya.

“Pihak Dayana nak buat sidang media pun tanpa pengetahuan saya dan pengurusan. Alhamdulillah, Allah permudahkan ada kenalan memberitahu saya tentang acara itu. 

“Saya ada hubungi ibu dia untuk bertemu dan berbincang secara baik tetapi pihak sana yang tak nak sebab katanya nak selesaikan sidang media dahulu. 

“Kalau permainan ini yang mereka pilih saya okey dan tak pernah menghalang apa-apa. Tapi seperti yang saya katakan jika ada bvkti, emel kepada saya.

“Wajar ke seseorang yang ingin menuntut sesuatu tetapi kita pula yang kena datang kepada dia?” katanya.

Dalam pada itu, Naim berkata dia dan pihak pengurusan berlapang dada untuk menyelesaikan kemelut yang sudah berpanjangan ini dengan cara baik.

“Ikutkan saya senang sahaja, bagi segala bvkti kalau dia nak selesaikan dengan cara elok sebabnya saya serta pengurusan saya memang berlapang dada. 

“Insya-Allah, kalau dia tampil dengan bvkti, pihak saya dan pengurusan akan berbincang dan kaji terlebih dahulu untuk melihat sama ada betul atau tidak. 

“Barulah pihak pengurusan boleh mengambil tindakan selanjutnya. Tapi kalau mereka masih nak bermain dengan cara itu, terpulang.

“Daripada fikir 1su itu, lebih baik fokus kepada orang yang saya perlu hargai iaitu peminat yang sentiasa menyokong dan mendoakan baik-baik,” katanya lagi.

Terdahulu, Naim meminta mana-mana individu yang mahu menuntut hak cipta bersama lagu Sumpah untuk mengemukakan bvkti-bvkti kukuh.

Naim mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi satu entri berbentuk video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

1su pertikaian hak cipta lagu Sumpah tercetus sekitar Julai tahun lalu apabila lagu itu dikatakan menceritakan kisah percintaan mereka.

Lagu Sumpah dikatakan dicipta bersama pada tahun 2015 ketika mereka sedang menjalin hubungan cinta.

 

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Lebih Baik Fokus Kepada Orang Yang Saya Perlu Hargai ..” – Naim Daniel"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*