Hanya Belanja RM6 Sehari, Lelaki Ini Terkenang Kembali Kisah ‘Ikat Pervt’ Sebelum Kahwin

Pada hari ini, kos untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan dilihat begitu mahal sehingga ia mampu mencecah ratusan ribu Ringgit

Namun dalam usaha untuk mendirikan rumah tangga, golongan yang paling akan merasai tekanannya semestinya adalah kaum lelaki berbanding wanita.

Ini kerana adat seperti penyerahan wang hantaran kepada pihak perempuan sebelum majlis perkahwinan memerlukan kaum lelaki untuk mengeluarkan kos yang lebih banyak.

Justeru itu, pelbagai cara sanggup dilakukan golongan Adam ini semata-mata untuk mendapatkan wang yang secukupnya bagi menghalalkan ikatan yang sedang terjalin.

Antara usaha yang sanggup dilakukan oleh kaum lelaki adalah dengan menjimatkan wang sebanyak yang boleh untuk digunakan di majlis perkahwinan

Seperti perkongsian yang dibuat seorang pengguna Twitter bernama

Menceritakan pengalamannya itu, dia yang lebih dikenali sebagai Hadi berkata dirinya memilih untuk mengikat perut bagi tempoh beberapa bulan sebelum majlis demi memastikan wang yang yang bakal digunakan nanti adalah mencukupi.

Apa yang dilakukan oleh lelaki ini adalah dengan hanya membelanjakan RM6 sehari yang mana ia mungkin sukar untuk dilakukan oleh sesetengah individu.

Hanya mengambil makanan berupa bijirin bersama susu untuk sarapan pagi dan hidangan tengah harinya, lelaki ini berkata dia juga perlu menyimpan wang sekiranya berlaku sebarang kec3masan kelak.

Setakat artikel ini ditulis, kisah lelaki ini telah mendapat lebih 11 ribu RTs di Twitter meskipun ia baru sehari dikongsikan.

Untuk perkongsian penuh, boleh teruskan membaca yang dibuat individu ini di bawah:Masa beberapa bulan nak kahwin, memang aku ikat perut. Keluar lunch sebulan dua kali. Bila member makan, aku tidur dekat break room. Kalau tak tidur aku siapkan kerja. Member office pun tau aku saving so bila Shopee ada buat makan free, laju je diorang kasitau aku.

— hadi. (@LutfilLeHadi) February 25, 2020

Selalu juga member yang bawak lauk dari rumah tu, kalau ada lebih hulur pada aku. Aku pun makan la tanpa segan silu. Duit ada je dalam wallet, tapi mana tau ada emergency ke kena guna. Spek patah ke. Motor rosak ke.

— hadi. (@LutfilLeHadi) February 25, 2020

Nasib baik open pantry so tiap hari pvkul 11 pagi aku makan honey star dengan susu. Pastu pvkul 4 petang aku makan lagi honey star dengan susu. Balik rumah for dinner baru aku beli nasi bungkus. Tapi tengok juga. If aku dah lunch nasi, dinner aku roti.

— hadi. (@LutfilLeHadi) February 25, 2020

Ada duit lebih sikit simpan, bolehlah keluar makan sedap sikit dengan Alieya. Beli boba tea ke. Kyochon ke. Lepas tu sambung jimat balik. Aku set sehari tak boleh lebih RM6 untuk makan. Ada la juga tertumpah jadi RM10. Tak selalu la.

— hadi. (@LutfilLeHadi) February 25, 2020

Berat pun turun banyak. Sebab boring duduk rumah sewa sorang pastu Netflix semua cerita habis tengok, so aku joging la malam. Bila malam aku joging, aku boleh jimat dinner lagi sebab nak jog makan takleh berat sangat. Roti petronas tu pun dah okay.

— hadi. (@LutfilLeHadi) February 25, 2020

Aku tak rasa susah langsung masa tu sebab memang kepala otak aku nak fokus cukup duit kahwin je. Dan yang paling senang nak cut cost adalah makanan. Sewa bilik murah. Gi kerja naik motor dah jimat. Wayang last tengok Endgame. Dating piknik kat tasik.

— hadi. (@LutfilLeHadi) February 25, 2020

So bila sekarang aku nampak ada member aku yang aku tau nak kahwin ni duduk sorang2 kat office waktu lunch hour, tidur etc, yang tolak orang ajak keluar makan ni, aku faham. Korang berkorban sekarang. Nanti dah selesai majlis, mesti korang akan rasa lega dan berbaloi.

— hadi. (@LutfilLeHadi) February 25, 2020

Aku tuit ni lepas makan nasi egg salted butter chicken wife aku masakkan. Punyalah sedap sampai aku terkenang kepayahan hidup yang lalu. Made me a grateful man. Alhamdulillah.Ingat pesan aku. Niat baik ni Allah akan permudahkan.

— hadi. (@LutfilLeHadi) February 25, 2020

Terharu baca perkongsian lelaki ini. Mana tidaknya, kesanggupan untuk ‘ikat perut’ demi menghalalkan ikatan mungkin tidak mampu dilakukan oleh semua orang.

 

Sumber: Seismik/Note Untuk Awak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Hanya Belanja RM6 Sehari, Lelaki Ini Terkenang Kembali Kisah ‘Ikat Pervt’ Sebelum Kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*