Ibu menangis tonton filem terakhir Abam, produksi Jodoh Sya1tan hulur sumbangan – “Sokonglah filem anak saya”

SEPANJANG menonton filem Jodoh Sya1tan di malam gala yang diadakan pada Jumaat, ibu kepada pelawak Abam Bocey iaitu Sabariah Arshad tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.

Sabariah, 63, memberitahu karya terakhir lakonan Abam itu membuatkan dia berasakan arw4h masih berada di sisinya.

“Saya rasa seperti dia ada di sebelah saya. Rasa seperti ada dekat dengan saya. Walaupun dia sudah tidak ada, karyanya masih ada. 

Sabariah menerima sumbangan daripada penerbit filem Jodoh Sya1tan.

“Saya harap, orang ramai dapat sokong dan tonton filem ini,” katanya kepada mStar.

Sabariah ditemui ketika malam gala filem Jodoh Sya1tan di E@Curve, Petaling Jaya, pada malam, Jumaat.

Filem itu juga merupakan filem terakhir lakonan Abam sebelum dia men1nggal dunia 10 Februari lalu.

Pada malam gala itu, penerbit filem iaitu Da Motion Sdn Bhd turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga allahy4rham Abam Bocey berikutan pem3rgian pelawak popular itu baru-baru ini.

 

Walaupun arw4h sudah tiada, dia masih diingati dan dihargai.

SABARIAH ARSHAD

IBU ABAM BOCEY

Sumbangan berupa wang tunai disampaikan penerbit, Datin Norliza Samion dan Prof Datuk Dr Azman Ching kepada ibu allahy4rham, Sabariah Arshad di malam gala tayangan filem berkenaan.

Dalam pada itu, Sabariah meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya kepada Norliza dan Azman atas sumbangan yang diberikan.

“Terima kasih kepada pihak produksi atas sumbangan ini. Walaupun arw4h sudah tiada, dia masih diingati dan dihargai,” ujarnya.

Penggambaran filem bermula pada 18 Julai 2018 di Pasir Puteh, Kelantan dan Jertih, Terengganu.

Sabariah bersama arw4h Abam dan isterinya.

Sementara itu, Norliza mewakili syarikatnya berkata, itu adalah sumbangan daripada seluruh produksi di atas pem3rgian Abam.

Seluruh produksi filem Jodoh Sya1tan juga bersedih dengan pem3rgian penerbitnya yang juga suami Norliza, allahy4rham Datuk Mokharul Shamsul Mokhtar.

Mokharul yang mesra disapa Datuk Are Sey turut berlakon dalam filem itu dan men1nggal dunia selepas terbabit dalam k3m4langan jalan raya pada 24 Mei tahun lalu.

Selain Abam, filem arahan Ismail Bob Hashim ini turut dibintangi Soffi Jikan, Aprena Manrose, Jay Iswazir, Kamarul Yusoff dan Fauziah Nawi.

Ia akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 5 Mac ini.

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Ibu menangis tonton filem terakhir Abam, produksi Jodoh Sya1tan hulur sumbangan – “Sokonglah filem anak saya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*