“Meremang Bulu R0ma Weh” P0wer Adik Ini Nyanyi Lagu ‘Ku Bersuara’ Daripada Ernie Zakri

Lagu Ku Bersuara antara yang didendangkan dalam acara penuh gilang gemilang Anugerah Juara Lagu ke 34 lalu. Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu rakaman seorang pelajar sekolah menyanyikan lagu Ku Bersuara tersebut.

Seperti diketahui ramai, pemilik asal lagu ini Ernie Zakri membawakan Ku Bersuara dengan penuh perasaan dengan vokal yang cukup mengagumkan.

Namun nyanyian seorang pelajar sekolah ini juga tidak kurang hebatnya. Bukan mahu membanding tapi hanya untuk berkongsi bakat adik ini.

Berikut adalah rakaman yang dikongsikan semula oleh Instagram Era yang memaparkan nyanyian hebat adik ini:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Power adik ni nyanyi lagu @erniezakri. Bukan senang eh nak nyanyi lagu Ernie ni, tapi adik ni nailed it! 😀 #SharERA Kredit twitter fawwazgreen

A post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Amacam? Dahsyat juga nyanyian pelajar sekolah ini. Video asal milik pengguna Twitter Fawwazgreen itu telah meraih lebih 114 ribu tontonan dan 27 ribu likes.

Menerusi ruangan komen ada yang memberitahu bahawa adik ini adalah pelajar darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik Seksyen 6, Shah Alam.

Malah rata-rata netizen lain turut memuji suara adik ini yang memang cukup power dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

Sementara itu jom kita imbau persembahan hebat Ernie Zakri ketika menyanyikan lagu Ku Bersuara di pentas AJL 34:

 

Sumber: Instagram Era / Twitter Fawwazgreen/RoseMerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Meremang Bulu R0ma Weh” P0wer Adik Ini Nyanyi Lagu ‘Ku Bersuara’ Daripada Ernie Zakri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*