KUALA LUMPUR: Hampir dua bulan pem3rgian ayah tersayang, penyanyi dan pelakon, Farahdhiya mengaku masih rindu dan teringat kepada insan yang dipanggil ‘Dada’ itu.
Farahdhiya mengaku tidak putus berdoa agar ‘Dada’ ditempatkan dalam kalangan insan beriman, malah berjanji mahu terus menziarahi pusara ayah selagi kudrat masih ada.
“Saya mahu terus ziarah pusara ‘Dada’ dan bercakap seperti biasa. Saya mahu terus berdoa untuk ‘Dada’… Itu janji saya.
“Biarpun saya tidak dapat lagi melihat dan menyentuh ‘Dada’, namun, ‘Dada’ terus segar dalam hati ini, “ katanya kepada BH Online.
Pada 9 Januari lalu, bapa Farahdhiya, Mohd Amin Zubir, 68, men1nggal dunia di sebuah pusat perub4tan, di sini, pada jam 11.55 pagi.
BH Online melaporkan, allahy4rham menghidapi masalah Sekatan Pulmonari Kronik (COPD), iaitu peny4kit paru-paru yang mempengaruhi pernafasannya, sejak lima tahun lalu.
Farahdhiya berkata, masa pantas berlalu apabila sudah 50 hari ayah meninggalkan mereka sekeluarga.
“Bagai tidak percaya, masa begitu cepat berlalu. Saya terlalu rindu ‘Dada’. Sebelum ini, arw4h selalu menghantar mesej bertanya di mana saya berada, bila mahu pulang dan macam-macam lagi.
“Rindu hendak terima mesej seperti itu lagi,” katanya yang turut teringat kenangan memasak bersama arw4h ketika hayatnya.
Bagaimana, reda ketentuan Tuhan, Farahdhiya percaya aturan Allah adalah yang terbaik.
“Tuhan sayangkan ‘Dada’ dan mahu ayah berehat… Rehatlah sebaik-baiknya hero hatiku,” katanya.
Sumber: BH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh Media
Be the first to comment on "Farahdhiya rindu ‘Dada’"