“Saya Rasa Seperti Dia Ada Di Sebelah..” – Ibu Abam Bocey Menangis Tonton Filem Jodoh Sya1tan

Ibu kepada allahy4rham Abam Bocey, Sabariah Arshad mengalirkan air mata sepanjang menonton filem lakonan anaknya, Jodoh Syaitan.

Kata Sabariah, 63, dia merasakan arw4h masih ada di sisinya walapun hakikatnya sudah pergi buat selamanya.

“Saya rasa seperti dia ada di sebelah. Rasa seperti ada dekat dengan saya. Walaupun dia sudah tidak ada, karyanya masih ada.

“Saya harap orang ramai dapat sokong dan tonton filem ini,” katanya kepada Gempak.

Sabariah ditemui ketika malam gala filem Jodoh Syaitan yang diadakan di [email protected] Damansara, Petaling Jaya.

Dalam pada itu, Sabariah turut menitipkan ucapan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan oleh pihak produksi.  

“Terima kasih kepada pihak produksi atas sumbangan ini. Walaupun arw4h sudah tiada, dia masih diingati dan dihargai,” katanya lagi.

Pada malam gala itu, penerbit filem Da Motion Sdn Bhd telah menyampaikan sumbangan berupa wang ringgit kepada ibu allahy4rham Abam. 

Turut bersama menyampaikan adalah penerbit, Datin Norliza Samion dan Prof Datuk Dr Azman Ching.

Filem Jodoh Sya1tan ini merupakan karya terakhir sebelum arw4h men1nggal dunia pada 10 Februari lalu.

Selain Abam, filem ini turut dilakonkan oleh barisan pelakon hebat antaranya Soffi Jikan, Aprena Manrose, Jay Iswazir, Kamarul Yusoff, Fauziah Nawi dan ramai lagi.

Filem ini bakal memulakan tayangan di pawagam seluruh negara mulai 5 Mac.

 

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Saya Rasa Seperti Dia Ada Di Sebelah..” – Ibu Abam Bocey Menangis Tonton Filem Jodoh Sya1tan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*