Terl1bat Kemal4ngan Motosikal, Hun Haqeem Alami Kec3deraan Di Tumit & Perlu Jalani Pemb3dahan

Pelakon yang terkenal dengan watak Jekfer dalam drama bersiri Kampung People, Hun Haqeem telah terlibat dalam sebuah k3m4langan selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya pada awal pagi, Ahad.

Memetik laporan Harian Metro, Hun meng4lami kec3deraan yang serius di bahagian kedua-dua tumit dan perlu menj4lani pemb3dahan secepat mungkin.

“Dia baru habis penggambaran sebahagian episod drama bersiri, Seindah Tujuh Warna Pelangi sekitar jam 8 malam tadi.

“Saya difahamkan dia kemudian main futsal dan k3m4langan itu berlaku ketika Hun dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Dia menunggang motosikal namun saya tidak pasti k3m4langan membabitkan kenderaan lain atau sebaliknya.

“Dia mengalami kec3deraan agak serius di bahagian tumit kaki kanan dan disy4ki kena ligamen.

“Dia perlu menj4lani pemb3dahan secepat mungkin hari ini. Paling cepat masuk bilik pemb3dahan petang atau malam ini kerana Pusat Perub4tan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sentiasa ada banyak k3s,” kata pengurus produksi, Ef Hairee.

Dalam pada itu, Ef menyatakan Hun perlu berehat dalam tempoh enam minggu sebelum kembali semula bekerja.

“Kini saya sedang memantau perkembangan Hun dan sekiranya pelakon terbabit belum pulih, saya akan meminda jalan cerita drama Seindah Tujuh Warna Pelangi.

“Dia dijangkakan perlu berehat dalam empat hingga enam minggu.

“Kami perlu cari inisiatif lain kerana drama 28 episod ini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3 sekarang,” katanya lagi.

 

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Terl1bat Kemal4ngan Motosikal, Hun Haqeem Alami Kec3deraan Di Tumit & Perlu Jalani Pemb3dahan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*