“Alhamdulillah, Anak Dan Isteri Dalam Keadaan Sihat” Hafiz Suip Sambut Anak Lelaki Kedua

Penyanyi yang mempunyai antara vokal terbaik di Malaysia, Hafiz Suip, 30, menimang cahaya mata yang kedua apabila isterinya, Nureffy Jesreel Abdullah, 27, selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Perub4tan Subang Jaya petang semalam.

Bayi lelaki seberat 3.03 kilogram itu lahir pada jam 6:45 petang semalam, bersamaan 1 Mac 2020.

Ketika dihubungi Gempak malam tadi, Hafiz mengucapkan rasa bersyukur dengan kehadiran cahaya mata kedua mereka dan pada masa yang sama berterima kasih kepada semua yang mendoakan keluarga mereka.

“Syukur Alhamdulillah dengan kehadiran seorang lagi anak lelaki. Terima kasih pada semua yang mendoakan,” jelas Hafiz gembira.

Menurut Hafiz, isterinya melahirkan anak kedua mereka secara normal dan kedua-duanya berada di dalam keadaan sihat.

Ditanya tentang nama, Hafiz belum bersedia untuk berkongsi kerana mahukan isterinya benar-benar bersetuju dengan pilihan mereka.

“Saya tak boleh nak berkongsi nama buat masa sekarang (ketika dihubungi malam tadi) tapi mungkin esok (hari ini) saya akan kongsikan dengan semua,” kata Hafiz kepada Gempak.

Hafiz yang juga juara Akademi Fantasia musim ketujuh bernikah dengan Nureffy pada 14 Mei 2016, dan pada akhir Disember 2017 mereka menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Riyadh Zafri.

 

Sumber: Gempak/mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Alhamdulillah, Anak Dan Isteri Dalam Keadaan Sihat” Hafiz Suip Sambut Anak Lelaki Kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*