Lepas kereta, beli rumah pula. Naim Daniel jadi inspirasi buat ramai!

 

Mulai dikenali ramai sejak bergelar pelakon kanak-kanak, namun kini siapa menyangka selebriti bernama Naim Daniel ini semakin mendapat perhatian ramai dalam bidang nyanyian pula.

Tidak sia-siakan bakat dimiliki, Naim Daniel kini juga sudah tidak asing lagi dalam dunia lakonan mahupun nyanyian. Bahkan, baru pertama kali dicalonkan dalam Anugerah Juara Lagu yang ke-34 namun dia telah berjaya menambat hati ramai dengan lagunya berjudul Sumpah sehingga bergelar juara.

Dikenali sebagai pelakon dan penyanyi

Apa yang menjadi perhatian perkembangan terbaru dikongsikan oleh Naim Daniel menerusi Instagram peribadi miliknya, dia meluahkan rasa syukur kerana berjaya memiliki rumah sendiri.

Naim Daniel beli rumah raih perhatian ramai

Foto sebuah rumah besar turut dimuat naik dan foto berkenaan sejak semalam menjadi perhatian peminat dan rakan selebriti yang turut bangga melihat kejayaan anak muda ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah. Bought my first house. Assalammualaikum ❤️

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

“Alhamdulillah. Bought my first house. Assalammualaikum,” ujarnya ringkas namun cukup membuatkan peminat menjadikan dirinya sebagai inspirasi.

Manakan tidak, selepas memiliki kereta kini Naim Daniel berjaya beli rumah pula ketika usianya baru 22 tahun. Walau bagaimanapun, posting dimuat naik oleh Naim Daniel dihujani pelbagai komen dari rakan selebriti dan peminatnya.

Dulu kereta, kini rumah pula

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2nd baby. Alhamdulillah 🖤

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Rata-rata mereka mengucapkan tahniah kepada dirinya kerana segala usahanya sebagai anak seni kini telah membuahkan hasil sekaligus mereka juga bangga.

“Alhamdulillah…”



 

Sumber: Naim Daniel/HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Lepas kereta, beli rumah pula. Naim Daniel jadi inspirasi buat ramai!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*