‘Minta Maaf Tan Sri Kerana Tidak Dapat Bersama’ – Syed Saddiq

Beberapa hari lalu pentadbiran negara bergelut dengan 1su politik sehingga melibatkan peletakan dan perlantikan jawatan Perdana Menteri baharu. Malah, perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 yang telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah turut mencetuskan ketidakpuasan hati dari beberapa pihak.

Bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Saddiq meluahkan isi hatinya selepas berbeza haluan dengan Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sudah dianggap seperti ayahnya sendiri.

Dia seperti ayah saya

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi laman Facebook akaun peribadinya menyatakan bahawa dia mula menyertai politik kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Gambar ini diambil pada tahun 2015. Salah satu sebab saya masuk Politik adalah kerana Tan Sri. Saya tidak sanggup melihat seorang pejuang kebenaran dih1na, dim4ki dan dibuang oleh UMNO kerana prinsip dan pendiriannya. Sebagai anak muda, saya bangga ada seorang pemimpin seperti Tan Sri.

Saya tidak mahu dia berdiri berseorangan. Dalam Politik, dia seperti seorang ayah kepada saya. Saya dibuang kerja, keluarga saya diugvt dan pendidikan saya tergendala kerana bersama Tan Sri. Saya tidak menyesal kerana saya tahu hati saya berada di tempat yang betul. Menang atau kalah bukan matlamat utama. Prinsip perjuangan yang membakar semangat saya.

Syed Saddiq turut menyatakan bahawa dia pernah dibuang kerja dan keluarganya terima ugutan kerana menunjukkan sokongannya kepada Tan Sri Muhyiddin pada ketika itu.

Minta maaf kerana tidak dapat bersama

Ahli Parlimen Muar itu juga menganggap Tan Sri Muhyiddin sebagai figura seorang bapa. Dia juga menempuhi hari yang sukar apabila diminta menubuhkan sebuah kerajaan bersama dengan pemimpin politik yang dilawan dahulu kerana 1su rasuah dan salah guna kuasa.

Minggu ini, minggu yang paling mencabar. Saya masuk Politik untuk bersihkan Politik, tetapi diminta menubuhkan sebuah kerajaan bersama dengan Pemimpin Politik yang saya lawan dahulu kerana rasuah dan salah guna kuasa. Mereka yang terpalit dengan ratusan k3s rasuah akan diangkat sebagai pemimpin menerajui negara.

Tan Sri, ayah saya, mungkin tidak rasa bersalah tetapi saya tidak sanggup. Orang sama yang meninggalkan Tan Sri, buang Tan Sri, tikam Tan Sri dari belakang sekarang diangkat bersama dalam kerajaan.

Minta maaf Tan Sri kerana tidak dapat bersama. Saya akan terus berusaha dan berdoa supaya prinsip perjuangan kita akan dijunjung melebihi kepentingan politik. May Allah bless us all.

 

Sumber: Syed Saddiq/OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "‘Minta Maaf Tan Sri Kerana Tidak Dapat Bersama’ – Syed Saddiq"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*