“Pakai Tudung Setakat Tutup Kepala Tapi Nampak Rambut,Telinga,” – Yatt Hamzah

Pelakon Yatt Hamzah baru-baru ini ada berkongsi mengenai cara pemakaian Muslimah.

Menurut Yatt, menutup aurat bukan pada pemilihan hijab semata-mata, sebaliknya ia perlu dititik beratkan mengikut syariat Islam.

“Bertudung belum dikira menutup aurat? Bagaimana dikira menutup aur4t?

“Yaaa belum dikira menutup aurat kalau pakai tudung setakat tutup kepala tapi nampak rambut, telinga, leher, dada dan mcm2 lg yg sengaja dinampakkan. Kpd yg masih tak tahu atau keliru jom sama2 baca terjemahan ayat2 Quran di bawah. Semoga bermanfaat,” kongsi Yatt.

Malah,ibu kepada empat orang anak itu juga turut berkongsi ilmu seperti yang dituntut Islam.

“Dalam Al Quran surah Al Ahzab ayat 59 menjelaskan bahawa pakaian taqwa seorang wanita adalah melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Jadi jika hanya sekedar menutup bahagian kepala sedangkan bahagian bawah dagu, dada, betis, kaki dan sebagainya terd3dah bagi memperlihatkan perhiasan mereka, maka hukumnya tetap haram dan berdosa. Memakai tudung dengan mend3dahkan aurat lain seperti menampakan susuk badan dan seluar ketat atau sebagainya dengan alasan mengikut fesyen juga dikira tidak menutup aurat dan bukan pakaian takwa yang diperintahkan oleh syarak.

“Dlm Surah An-Nur ayat 31, Batasan aurat wanita ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini. Namun keharusan mend3dahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan f1tnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan,” akhirinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bertudung belum dikira menutup aurat? Bagaimana dikira menutup aurat? . Yaaa belum dikira menutup aurat kalau pakai tudung setakat tutup kepala tapi nampak rambut, telinga, leher, dada dan mcm2 lg yg sengaja dinampakkan. Kpd yg masih tak tahu atau keliru jom sama2 baca terjemahan ayat2 Quran di bawah. Semoga bermanfaat ; 😇🥰👇 . . Dalam Al Quran surah Al Ahzab ayat 59 menjelaskan bahawa pakaian taqwa seorang wanita adalah melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Jadi jika hanya sekedar menutup bahagian kepala sedangkan bahagian bawah dagu, dada, betis, kaki dan sebagainya terdedah bagi memperlihatkan perhiasan mereka, maka hukumnya tetap haram dan berdosa. Memakai tudung dengan mendedahkan aurat lain seperti menampakan susuk badan dan seluar ketat atau sebagainya dengan alasan mengikut fesyen juga dikira tidak menutup aurat dan bukan pakaian takwa yang diperintahkan oleh syarak. Dlm Surah An-Nur ayat 31, Batasan aurat wanita ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini. Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan. . . Alhamdulillah ramai puji jubah Bonda ni semalam masa program kempen #ILTIZAMREZEKI Siri 1 – Menjana USAHAWAN Muslim. Boleh terus ke ig @byfatinsuhana Jazakillah khair @fatinsuhana ❤🤗🥰 . Beg mengkuang yg lawaa tu Bonda lupa dah brand apa. Nanti Bonda share ya pd yg bertanya..🤗🥰 . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYatt #bondaYH #bondaYHshare #bondaYattshare #aurat #jilbab #hijab #haram #ilmu #Islam #Alhamdulillah #ALLAH #RASULULLAH

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Dalam pada itu, pemilik nama penuh Haryati Hamzah itu sering berkongsi ilmu mengenai kehidupan di Instagramnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam 1 Rejab 1441H. Banyakkan berdoa krn malam ni antara 5 malam yg Mustajab Doa. Dan setiap kali masuk bulan Rejab dan bulan2 lain, pasti ramai yg share ttg hadis2 tanpa check dlu hadis itu Sahih atau palsu. Ni adalah contoh Hadis yg sgt terkenal dan selalu viral bila masuk shj bulan Rejab dan bulan2 lain. . مَنْ يُبَارِك الـنَّاسَ بِهَذَا الشَّهْرِ الفَضِيْلِ – يَعْنِي رَجَب – تَحْرُم عَلَيْهِ النَّار Maksudnya: “Barangsiapa yang memberitahu akan kemasukan bulan (1 Rejab) yang mulia ini kepada orang lain, maka haram baginya api neraka.” . Apakah STATUS HADIS ini? SAHIH ATAU TIDAK? . Berdasarkan soalan di atas, hadith di atas adalah PALSU PALSU PALSU dan tidak diketahui asalnya daripada kitab-kitab hadith yang muktabar. Ini merupakan salah satu pendustaan yang direka dan disandarkan di atas nama Nabi SAW. Bahkan, hadith ini juga turut digunakan pada bulan-bulan Islam yang lain seperti Zulhijjah, Sya’ban, Ramadhan, Muharram dan sebagainya. Kesemua hadith yang menceritakan tentang kelebihan memberitahu akan kemasukan awal bulan-bulan Islam ini adalah palsu. Justeru itu, penyebaran hadith ini perlu dihentikan dengan serta-merta sama ada melalui meja-meja penceramah dan juga media sosial serta ia tidak boleh lagi disebarkan melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya. (SUMBER DARI LAMAN WEB RASMI MUFTI WILAYAH.PERSEKUTUAN) . SO HADIS INI ADALAH PALSU DAN BRG SIAPA YG MENYEBARKAN KEPALSUAN DGN MENGGUNAKAN NAMA RASULULLAH MAKA TEMPATNYA ADALAH NERAKA JAHIM. NAUDZUBILLAH.. . . #SuciHawaZulaikha #babyHawa15hari #Yattmengayat #arihatiseorangmujahidah #fromtheheartofamujahidah #

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Oklah Bonda berterus terang jelah.. Yg dok pm, dm, wasap tanya mcm mana boleh kurus cepat bila tgk gambar2 hbs pantang yg viral ni haritu. Sebenarnya Bonda pakai corset & girdle jeeee. Corset & girdle kawan baik Bonda Salina Saibi. Jenama corset dia @salinabeautycorset (Swipe left to see the Products) Mmg best, selesa dan sedap pakai, tak sakit langsung kt badan..sbb Bonda ni Wallahi tak suka pakai corset sblm2 ni sbb tak selesa, xsedap dan buat rasa sakit2 di badan bila dah pakai lama skt kan. Tapi corset @salinabeautycorset ni mmg lain dari yg lain..Harga murahhhhh pula tu. Tak percaya cubalah sendiri..❤ . So Bolehlah yg mana2 nak nampak slim bila berpakaian walaupn pakai jubah mcm Bonda ni, try corset kawan bonda ni ok..In shaa Allah kita support business Melayu Muslim, Allah bantu business dan urusan kita semua..Aameen.. . TQ kawan ku yg selalu cantik lg baik @_salinasaibi_ Moga makin murah rezeki mu shbtku dlm keberkatanNya. Aameenn.🥰😍❤🤗😘 . 👗 @myrrakarim.exclusive 💄mua @yusra_yahaya . #yattmengayat #darihatiseorangmujahidah #fromtheheartofamujahidah #bondaYHshare #astaghfirullah #bondaYattshare #corset #girdle #salinabeautycorset #igreviewbyyatthamzah #igreviewyatthamzah

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Fot : Instagram Yatt Hamzah

 

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Pakai Tudung Setakat Tutup Kepala Tapi Nampak Rambut,Telinga,” – Yatt Hamzah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*