KES kem4tian mengejut pada usia muda beberapa rakan selebriti sejak kebelakangan ini membuatkan penyanyi dan pengacara Alif Satar risau mengenai nasib dan masa depan keluarganya.
Justeru kata Alif dia mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pewarisan harta ataupun dokumen wasiat semasa hidup bagi memudahkan isteri dan anak-anaknya meneruskan kehidupan selepas ketiadaannya.
“Orang selalu cakap supaya buat simpanan, tetapi sepatutnya anda perlu buat wasiat. Saya sebenarnya tak berapa pandai buat benda ni, tapi ia tetap perlu dibuat.
“Macam saya sendiri sudah sediakan wasiat sejak ada anak pertama lagi. Sebab kita tak akan tahu, berapa lama kita akan hidup,” katanya.
Alif di temui semasa sidang media drama bersiri Family Spy di Great Eastern Mall pada Isnin.
Sementara itu bapa kepada tiga anak itu berkata dia juga kini mula menjalinkan kerjasama dengan Institut J4ntung Negara (IJN) bagi menggerakkan kempen kesedaran kepada orang ramai mengenai kesihatan j4ntung.
Alif merupakan antara selebriti yang mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan.
“Ianya merupakan sebuah kempen yang di buat melalui saluran YouTube untuk memberitahu dan mendidik orang ramai tentang perlunya menjaga ‘enjin’ anda.
“Apa yang saya buat? Saya jadi seperti tikus makmal, jantung saya jadi bahan uji kaji tentang bagaimana sebenarnya j4ntung berfungsi dan baru-baru ini saya menjalani ujian yang dipanggil VO2 Max,” tambahnya.
VO2 Max atau kadar pengambilan oksigen maksimum adalah satu index terbaik untuk melihat kemampuan ketahanan kardiorespirasi seseorang individu apabila menjalani sesuatu latihan kecergasan yang sistem4tik.
Tambah Alif, beberapa k3skem4tian akib4t ser4ngan j4ntung yang menyer4ng generasi muda membuatkan dia lebih bersemangat untuk menyeru orang ramai agar tidak mengambil mudah mengenai soal kesihatan.
Alif akan muncul dalam drama Family Spy menerusi saluran Astro.
“Ada banyak k3sorang muda terutamanya lelaki men1nggal kerana ser4ngan j4ntung. Jadi saya nak ajak orang ramai untuk menjaga kesihatan j4ntung,” ujarnya.
Bercerita lanjut mengenai 1su kesihatan, Alif berkata dia juga merancang untuk menganjurkan aktiviti bersukan yang terbuka kepada orang ramai di Putrajaya.
Menerusi kerjasama dengan Perbadanan Putrajaya (PPj) itu, Alif mengajak orang ramai untuk sama-sama menjalani latihan kecergasan dengannya.
“Saya nak menggalakkan aktiviti bersukan untuk negara. Apabila sertai Ironman, ia bukan untuk kepentingan saya sahaja tapi diharapkan ia dapat memberi impak kepada orang ramai.
“Sekarang ini semua orang suka sertai acara larian, berbasikal… jadi saya nak buat aktiviti bulanan dan nak ajak semua orang train dengan saya. Boleh berenang dekat tasik Putrajaya,” jelasnya.
Sumber: Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh Media
Be the first to comment on "Alif Satar sudah buat wasiat, risau nasib isteri dan anak-anak jika dia m4ti dulu – “Kita tak tahu berapa lama akan hidup”"