“Saya Perlu ‘Behave’ Sebagai Pengacara Hero Remaja 2020,” – Ain Edruce Terima Nasihat Suami

Ceria, mudah terhibur dan sempoi. Itu yang boleh digambarkan terhadap keperibadian pelakon dan pengacara, Ain Edruce.

Bagaimanapun, figura tinggi lampai ini akui dirinya harus ‘mengawal’ diri dalam mengendalikan program realiti, Hero Remaja 2020.

“Saya diberikan kepercayaan oleh pihak produksi untuk menggalas tugas sebagai pengacara Hero Remaja 2020.

“Secara tidak langsung saya perlu ‘behave’ kerana program Hero Remaja merupakan satu program realiti matang.

“Orang mengenali saya dengan sikap yang ‘g1la-g1la’ dan masuk air, tetapi bagi mengendalikan program sebegini, saya tak boleh terlalu remaja dan terlalu matang sangat dalam mengendalikan program ini, jadi saya hanya bersifat sederhana, santai dan rileks,” katanya kepada MH. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ape beza @amirul_hafizz gamba 1 dan gamba 2 ? Cam sama je 🙄 @amirul_hafizz #ainxxamirul

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on

Dalam masa sama, pelakon drama Camelia ini bersyukur kerana ini merupakan tugasan pertamanya bagi tahun 2020 selepas mendirikan rumah tangga bersama Amirul Hafiz pada Disember tahun lalu.

“Alhamdulillah, ini merupakan tugas pertama saya selepas bergelar isteri. Benarlah kata orang, rezeki selepas kahwin itu sentiasa terbuka luas. 

“Malah, suami juga ada beri nasihat agar kawal diri semasa mengendalikan program realiti yang terdiri daripada 12 finalis yang kacak,” selor0h Ain. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nervous nk potong but…why not🔥 On ta on ? @miedy.daniel @chezhairstudio_pro_hair_team

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on

Program Hero Remaja bersiaran setiap hari Khamis jam 9 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Terdahulu, program tersebut telah pun memulakan siaran pertamanya, disiarkan 27 Februari lalu.

Turut menampilkan Scha AlYahya dan Datuk Hans Isaac sebagai juri tetap.

Foto : Instagram Ain Edruce

 

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Saya Perlu ‘Behave’ Sebagai Pengacara Hero Remaja 2020,” – Ain Edruce Terima Nasihat Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*