“33 Tahun Jadi Anak Seni, Bila Bergambar Rasa Tak Selesa Sebab…” – Aishah Menyanyi Untuk Tenangkan Diri

Latar belakang seninya cukup warna-warni. Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah bukan calang-calang penyanyi.

Ketika bersama kumpulan daripada New Zealand dan menggelarkan diri mereka Aishah And The Fan Club, dia menjadi pelopor sebgai penyanyi wanita pertama Malaysia pernah menduduki carta Billboard.

Lebih 3 dekad wanita ini berada di dalam industri seni, Aishah yang pernah menjuarai Gegar Vaganza musim keempat (GV4) berkongsi satu perkara tentang dirinya di Instagram.

“33 tahun sebagai anak seni, salah satu perkara yang I paling rasa tak selesa ialah bila kena ambil gambar.

“Dari mula-mula nyanyi dulu,kalau nak ambil gambar je rasa nak mengelat sebab tak photogenic, and I selalu tak sure mana nak letak kaki, tangan, chin up chin down dan lain-lain,” tulis Aishah pada satu entri di Instagramnya.

Menurut Aishah, selama 33 tahun menyanyi, bergambar adalah salah satu skil yang dia tidak begitu yakini.

“Walaupun dah 33 tahun buat kerja ni. Satu skill yang tak berapa cemerlang. So bila bergambar menyanyi untuk relakkan diri,” tulis Aishah ketika satu sesi fotografi yang dia sedang lakukan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

33 tahun sebagai anak seni,salah satu perkara yg I paling rasa tak selesa ialah bila kena ambil gambar.Dari mula2 nyanyi dulu,kalau nak ambil gambar je rasa nak mengelat hahaha🤣🤣🤣Coz tak photogenic,and I selalu tak sure mana nak letak kaki,tangan,chin up chin down dll.walaupun dah 33 tahun buat kerja ni.Satu skill yg tak berapa cemerlang🤭🤭🤭So bila bergambar menyanyi utk relaxkan diri.

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

Penyanyi bersuara lunak dan lantang in mempunyai ratusan lagu-lagu yang sehingga kini menjadi siulan ramai seperti Janji Manismu, Camar Yang Pulang, Selanjur Bercinta, Kemaafan Dendam Yang Terindah, Cinta Beralih Arah dan banyak lagi.

Selain itu, Aishah juga mempunyai lagu Hari Raya yang merupakan lagu malar segar seperti Pulanglah, Setitis Cahaya Di Aidilfitri dan lain-lain lagi.

 

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“33 Tahun Jadi Anak Seni, Bila Bergambar Rasa Tak Selesa Sebab…” – Aishah Menyanyi Untuk Tenangkan Diri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*