“Men1nggal dunia dalam tidur” – Yana Samsudin Kehilangan. Takziah

 

KUALA LUMPUR: Adik lelaki pelakon Yana Samsudin yang baru bergelar bapa 37 hari lalu, men1inggal dunia dalam tidur, petang tadi.

Yana berkongsi berita pem3rgian allahy4rham Muhammad Fahmi Harith, di Instagram (IG), sebentar tadi.

Yana meluahkan kesedihan keh1ilangan Muhammad Fahmi yang baru merasai nikmat sebagai bapa, selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Yana berkongsi, setiap kali membaca berita kem4tian, dia pasti sayu hingga cuba mengelak daripada mengikutinya. Yana mengaku tidak dapat membayangkan jika perkara sama berlaku kepadanya, apatah lagi jika membabitkan ayah dan suami.

“Rupanya hari ini, keh1ilangan adik..Ya Allah, macam mana hendak ada kekuatan diri. Satu-satunya lelaki dalam adik-beradik dan baru jadi ayah 37 hari.

“Dik, beritahu Nana yang hendak balik Yong Peng minggu ini sebab mahu sambut hari jadi sekali? Rupanya betul akak bawa engkau balik… Sekejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah, emak, abah dan semua ya?

“Dik, kakak halalkan segalanya dunia akhirat. Dik, engkau seorang yang memudahkan urusan orang lain. Ada masalah diam, tiada masalah pun diam,” luahnya.

Yana sedih kerana adiknya men1nggal dunia seorang diri di rumah dan tidak sempat meninggalkan pesan.

Pada entri itu, Yana memohon sesiapa yang mengenali arw4ah agar mengampunkan segala dosa serta menghalalkan makan dan minumnya selama ini.

Salam Takziah kepada Yana sekeluarga. Semoga aarw4h ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

 

Sumber: Dunia Dan Akhirat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Men1nggal dunia dalam tidur” – Yana Samsudin Kehilangan. Takziah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*