PU Azman Bersuara Isu Shuib Dikatakan Suami D4yus

 

Entri terbaharu Pencetus Ummah (PU) Azman di laman sosial Instagram beliau hari ini berhubung 1su pelawak Shuib dikatakan d4yus kerana meminta izin isterinya, penyanyi Siti Sarah untuk membeli motosikal baharu, menarik perhatian netizen.

Pend4kwah itu dalam hantaran berkenaan menegaskan bahawa tindakan suami yang meminta izin isteri sebelum berbuat sesuatu tidak mempunyai kaitan dengan makna perkataan ‘dayus’.

Sebaliknya, apa yang dilambangkan dalam perbuatan ahli kumpulan Sepahtu itu adalah sikap hormatnya terhadap wanita yang bergelar pasangan hidup.

“Suami minta pendapat atau izin isteri untuk beli motor baru tu bukan dayus.

“Tu suami yang menghorm4ti keberadaan isteri di sisi,” tulisnya.

Tambah Azman, maksud dayus sebenar yang kurang dimengerti umum adalah sikap seorang suami yang membiarkan anak dan isterinya menayang aurat tanpa memberi nasihat dan didikan agama.

Kredit foto: Instagram @pu_azman

“Dayus ni suami yang biarkan anak isteri d3dah aurat tanpa nasihat dan didikan agama.

“Ramai yang salah guna istilah. Jadi bila salah guna istilah, membawa kepada fahaman yang salah.

“Nabi pernah lumba lari dengan isterinya Aisyah dan Aisyah menang.

“Sebenarnya boleh je Nabi menang, tapi Baginda nak wujudkan suasana romantika,” ujarnya.

Sehingga kini kiriman berkenaan meraih lebih 43,000 suka dan 400 komen.

Terdahulu, kecoh kapsyen Shuib memujuk isterinya untuk mendapatkan motosikal idaman hingga menjadi topik dan perbalahan netizen.

Sekadar info, PU Azman mula dikenali umum sejak menjuarai program realiti Islamik yang mencari pend4kwah berkebolehan dan versatil iaitu Pencetus Ummah musim kedua.

Beliau mempunyai jumlah pengikut yang agak tinggi iaitu sehingga kini mencecah 1.2 juta.

 

Sumber : iluminasi.com/Slamber Media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "PU Azman Bersuara Isu Shuib Dikatakan Suami D4yus"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*