“Siap Edit Muka Aku… Samp4h Betul!” – Zulin Aziz Nak Sam4n Pihak Salah Guna Gambar Wajahnya Lariskan Produk

Pelakon dan pengacara Zulin Aziz akan mengambil tindakan und4ng-und4ng terhadap pihak yang sengaja menggunakan gambarnya tanpa kebenaran bagi tujuan mempromosikan produk.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 31, berkata dia sudah tidak boleh mendiamkan diri lagi selepas wajahnya disalah guna demi mengaut keuntungan.

“Penat dah! Tolonglah! Jangan ambil kesempatan. Syaa tak halalkan. Nak meniaga jangan ambil keuntungan atas usaha orang lain.

“Banyak kali dah bagi muka. Tak cakap banyak. Sam4n! Jumpa di mahk4mah!,” tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

penat dah! tolonglah ! jangan ambil kesempatan. Saya tak halalkan .Nak meniaga jgn ambil keuntungan atas usaha org lain. Banyak kali dh bg muka .Tak ckp banyak. Saman!😤 see you in court!!!!

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Zulin turut berkongsi foto iklan produk menguruskan badan yang menggunakan gambarnya tanpa kebenaran.

“Siap edit muka aku eh dengan produk tu. Samp4h betul! Sabar jap. Aku pun boleh buat duit macam ni. Sam4n! Eishh s4kitnya hati aku,” luahnya.

Perkongsian Zulin itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

 

Rata-rata bersetuju dengan hasrat Zulin untuk mengambil tindakan und4ng-und4ng kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Ramai yang macam ini, sam4n je. Makin dibiar makin mel4mpau-l4mpau.

“Sama macam Enot kan. Penjual guna gambar Enot untuk lariskan produk kurus,” tulis sebahagian netizen.

Sebelum ini, Zulin antara artis yang dikenali dengan kejayaannya menurunkan berat badan dengan hanya menjalani rutin aktiviti kecergasan.

 

Sumber : Gempak/Slamber Media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Siap Edit Muka Aku… Samp4h Betul!” – Zulin Aziz Nak Sam4n Pihak Salah Guna Gambar Wajahnya Lariskan Produk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*