Kelmarin, pelakon Yana Samsudin memaklumkan bahawa adik lelakinya, Muhammad Fahmi Harith Samsudin yang baru menjadi ayah lebih sebulan men1nggal dunia secara mengejut ketika tidur.
Berita yang memilukan untuk keluarganya itu dikongsi di Instagram miliknya.
Dalam satu entri lain di Instagramnya itu, Yana Samsudin berkongsi cerita daripada Ustaz Faizal Khalid dari Badan Khairat Kem4tian, Bandar Setia Alam, yang menguruskan jena4zah sebelum dibawa ke h0spital.
“Dapat panggilan dari Balai Polis memaklumkan ada kem4tian di kariah sini. Aku terus bergegas ke tempat kejadian. Cari waris, jumpa Fadzil Zahari (suami Yana). Dia bagi detail pasal arw4h. Umur baru 30. Tak jauh umur dengan aku.
“Ini yang Allah sebut dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat ke 61 ‘Maka apabila telah tiba waktunya (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun & tidak (pula) mendahulukannya’,” kongsi Ustaz Faizal.
Menurut Ustaz Faizal, arw4h men1nggal dalam tidur berseorangan di rumah ketika isterinya berp4ntang di kampung.
“Isteri call seharian tak berjawab. Call tempat kerja kata dia tak masuk kerja. Keluarga dah risau. Waris kat sini datang nak check rumah.
“Tengok-tengok arw4h dah terbaring kat atas katil. Baru-baru ni ada juga satu k3syang kami urus, men1nggal macam ni,” tulis Ustaz Faizal lagi.
Namun menurut Ustaz Faizal, k3syang yang berlaku pada arw4h adik Yana agak berlainan sedikit. Suasana tidak seperti yang selalu mereka uruskan sebelum ini.
“Aku masuk bilik nak tengok keadaan jena4zah. arw4h baring atas katil berselimut. Muka bersih macam tengah tidur. Cuma sendi dah mula mengeras mungkin sebab jena4zah dah lebih 12 jam.
“Alhamdulillah, jena4zah dapat diqiamkan. Kaki dapat diluruskan. Allah Maha Baik!
“Masa tengah nak ambil kain batik untuk selimutkan arw4h tu yang aku perasan nota pesanan dari isteri arw4h ni. Allah. Allah.
Nota dilekatkan di pintu bilik arw4h. Menggambarkan betapa risaunya seorang isteri terhadap suami yang sedang berjauhan,” tulis Ustaz Faizal.
Tambah Ustaz Faizal, dia mencapai kain batik dan beralih ke bahagian kepala arw4h. Di situ dia melihat sepasang baju bayi di tepi bahu arw4h.
“Dapat tahu yang arw4h rupanya baru jadi ayah 37 hari. Allah Allah. Ters3ntak. Hiba. Sayu. Terkunci kata-kata.
“Dengan bantuan jiran-jiran, arw4h telah dibawa turun dari apartment dan selamat dibawa ke Jabatan Forensik HTAR. Tak ada yang sukar, semua urusan malam tadi Allah permudahkan. Allah Maha Baik!
Terima kasih semua yg hadir dan membantu. Semoga Allah rezekikan kita husnul khotimah,” tulis Ustaz Faizal panjang lebar.
Menurut Ustaz Faizal lagi, dia tidak pernah mengenali arw4h tetapi dia yakin arw4h merupakan orang yang baik sepanjang hayatnya.
Ustaz Faizal turut mengucapkan salam takziah buat isteri arw4h dan juga keluarga Yana Samsudin.
Sumber: Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh Media
Be the first to comment on "“Aku Perasan Nota Pesanan Dari Isteri Arw4h. Allah. Allah” – Yana Kongsi Kisah Dari Ustaz Faizal"