“Come On Bro, Jangan Lemah Sebab Wanita” – Safawi Rasid Terima 5,000 Komen Positif

Instagram penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) Mohd Safawi Rashid dibanjiri komen-komen sokongan daripada peminat bola sepak tanah air. 

Safawi menerusi akaun Instagram (IG) @safawirasid29 menerima hampir 5,000 komen-komen positif gara-gara prestasinya yang dikatakan merudum.

Menerusi tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata peminat memohon agar Safawi kembali fokus kepada sukan bola sepak dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

Malah, ramai yang turut memuji sikap ambil berat pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menjaga prestasi dan kebajikan pemain terbaiknya. 

Semalam, Tunku Ismail menerusi hantaran di IG mend4kwa kemerosotan mendadak pemain sayap itu disebabkan oleh tekanan daripada teman wanita Safawi, pelakon Syifa Melvin untuk berkahwin. 

Beliau turut memberi amaran kepada Safawi agar segera mempertingkatkan prestasinya atau berkemungkinan dis1ngkirkan daripada pasukan.

Dalam pada itu, Safawi telah memuat naik status permohonan maaf di atas prestasinya yang semakin merosot dan akan cuba melakukan yang terbaik dalam perlawanan akan datang.

 

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Come On Bro, Jangan Lemah Sebab Wanita” – Safawi Rasid Terima 5,000 Komen Positif"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*