“Rahsia Paling Lama Disimpan…” – Katy Perry Hamil

Penyanyi popular Hollywood, Katy Pery kini sedang hamil anak pertama.

Memetik laporan Daily Mail, Katy telah menunjukkan ‘baby bump’ dalam muzik video single terbarunya, Never Worn White.

Tidak lama selepas itu, Katy mengesahkan berita itu menerusi laman Twitter.

“Saya gembira kerana tidak perlu menyorok perut dan tak perlu berselindung di sebalik bag yang besar,” tulisnya berselor0h.

Katy juga telah membuat kenyataan menerusi Instagram Live mengenai kehamilan anak pertamanya itu.

“Banyak perkara yang akan berlaku menjelang musim panas tahun ini, bukan hanya melahirkan anak tetapi sesuatu yang anda nantikan juga akan tiba.

“Saya teruja dan gembira, kehamilan ini adalah rahsia yang paling lama disimpan sepanjang hidup saya!” ujar Katy.

Terdahulu, Katy mengikat tali pertunangan bersama pelakon Orlando Bloom pada 14 Februari 2019.

Katy pernah mendirikan rumah tangga bersama Russell Brand pada 2011 namun berpisah setahun selepas itu.

 

Sumber : dailymail.co.uk/Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Rahsia Paling Lama Disimpan…” – Katy Perry Hamil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*