“Terima Kasih Atas Doa Kalian Buat Hamzah Dan…,” – Balu Allahy4rham Kini ‘Admin’ Instagram Abam Bocey, ‘Update’ Perkembangan Anak

Balu kepada allahy4rham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali menjelaskan akaun Instagram milik arw4h suami kini diselia dirinya sendiri sejak semalam.

Pada masa sama, Nurhidayah turut memaklumkan dia akan berkongsi perkembangan terkini anak mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini mencecah usia sembilan bulan atas permintaan ramai.

“Assalamualaikum. Kepada semua followers allahy4rham Syed Umar Mokhtar (Abam Bocey). Mulai hari ini akaun Instagram ini akan di kendali oleh saya @hidayah_abam.

“Saya akan update perkembangan terkini tentang anak kami, Syed Uthman Hamzah Syed Umar Mokhtar di atas permintaan ramai yang mahu mengikuti perkembangan baby Hamzah,” tulisnya.

Nurhidah yang juga turut mengucapkan terima kasih atas doa ramai selama ini yang terus memberikan sokongan.

“Terima kasih atas doa kalian buat Hamzah dan saya selama ini. Terima kasih kepada semua yang telah memberi kata semangat buat kami. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian.

“Walau bagaimanapun saya akan kekalkan nama @abam_bocik buat sementara waktu ini sementara menunggu pertukaraan username baru diluluskan oleh pihak instagram untuk Account ini. Terima kasih kepada semua,” jelas Nurhidayah lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum. Kepada semua followers Allahyarham Syed Umar Mokhtar ( Abam Bocey) Mulai hari ini akaun Instagram ini akan di kendali oleh saya @hidayah_abam . Saya akan update perkembangan terkini tentang anak kami, Syed Uthman Hamzah Syed Umar Mokhtar di atas permintaan ramai yang mahu mengikuti perkembangan baby Hamzah. Terima kasih atas doa kalian buat Hamzah dan saya selama ini. Terima kasih kepada semua yang telah memberi kata semangat buat kami. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian. Walau bagaimanapun saya akan kekalkan nama @abam_bocik buat sementara waktu ini sementara menunggu pertukaraan username baru diluluskan oleh pihak instagram untuk Account ini. Terima kasih kepada semua. #abamjunior #syeduthmanhamzah #kitabaikramaisayang #doayangbaikbaik

A post shared by 🇲🇾 Syed Uthman Hamzah🇲🇾 (@abam_bocik) on

Terdahulu, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, men1nggal dunia di kediamannya di Gombak, pada pagi 10 Februari lalu, dipercayai akibat demam panas.

arw4h Abam mendirikan rumah tangga dengan Nurhidayah pada 8 Disember 2017.

Foto: Instagram Abam Bocik

 

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Terima Kasih Atas Doa Kalian Buat Hamzah Dan…,” – Balu Allahy4rham Kini ‘Admin’ Instagram Abam Bocey, ‘Update’ Perkembangan Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*