Syifa Melvin kesal ditvduh ketawakan orang m1skin – “Bukan nak mengh1na, kami pun bukan kaya!”

Syifa tidak bermaksud mentertawakan orang miskin atau kurang berkemampuan.

 

KEMARAHAN netizen terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon Syifa Melvin masih belum reda sehingga mem4ksanya membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram.

Menurut Syifa, kenyataannya dalam satu video yang tular baru-baru ini telah disalah erti oleh netizen dan dia tidak berniat menghina orang miskin atau penghuni rumah setinggan.

“Saya gelak dalam video itu bukan sebab ketawakan orang miskin duduk PPRT, apa maksud saya apabila kita pakai tudung dengan material cantik dan mewah, di mana pun kita berada kita akan ada keyakinan diri.

“Itu maksud saya… bukan nak mengvtuk atau mengh1na orang yang tak berkemampuan, kami pun bukan kaya, kalau kaya tak wujud bisnes.

“Tapi orang dah salah tafsir sehinggakan terlalu banyak kecaman diterima sampai orang salah sangka dan timbul f1tnah,” katanya menerusi Instagram pada Sabtu.

Syifa membuat rakaman video permohonan maafnya menerusi Instagram.

Sebelum ini, tular rakaman video di laman sosial memperlihatkan Syifa bersama seorang jurusolek sedang membuat tutorial memakai turban.

Kenyataan dan perbualan adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu yang dianggap seakan-akan mengh1na golongan bawahan mengvndang rasa kurang senang netizen.

Menerusi laporan mStar pada Jumaat lalu, Syifa mengakui kesilapan diri dan membuat permohonan maaf di atas keterlanjuran katanya itu.

Syifa tidak bermaksud mengh1na mana-mana pihak.

Mengulangi pendirian yang sama, pelakon drama Sis Cuba ini berharap orang ramai tidak terus mengh3ntam dirinya kerana dia benar-benar tidak bermaksud untuk mengecilkan mana-mana pihak.

“Saya mohon maaf semua orang yang baca dan tengok video tersebar tu pertama kali orang marah takkan terima apa kita terangkan.

‘Saya harap orang yang sebarkan video asalnya berhenti tabur f1tnah, jauh dari sudut hati saya tak h1na sesiapa pun,” ujarnya.

 

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Syifa Melvin kesal ditvduh ketawakan orang m1skin – “Bukan nak mengh1na, kami pun bukan kaya!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*