Dua kerabat diraja Arab Saudi termasuk adik Raja Salman ditah4n kerana mengkhi4nat

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman (kiri) dan mantan putera mahkota, Mohammed bin Nayef. Foto: Fayez Nureldine/Agence France-Presse — Getty Images

DUA kerabat terdekat keluarga diraja Arab Saudi ditah4n kerana disy4ki mengkhi4nat, lapor agensi berita Sputnik memetik laporan The Wall Street Journal.

Menurut jurnal itu, mereka adalah adik kepada Raja Salman, Putera Ahmed bin Abdulaziz al Saud dan anak saudara raja yang juga bekas Putera Mahkota, Mohammed bin Nayef bin Abdulaziz al Saud ditah4n pada Jumaat oleh pengawal istana diraja.

Pengawal terbabit turut menah4n salah seorang adik Mohammed bin Nayef bin Abdulaziz al Saud.

Kedua-dua kerabat yang ditah4n itu sebelum ini pernah menduduki senarai pewaris takhta.

Butiran penah4nan itu masih belum diperoleh.

Mohammed bin Nayef bin Abdulaziz al Saud menjawat kerusi putera mahkota antara tahun 2015-2017, sebelum digantikan Raja Salman pada 2017 dengan menamakan Mohammad Salman Abdulaziz al Saud sebagai putera mahkota baharu.

 

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Dua kerabat diraja Arab Saudi termasuk adik Raja Salman ditah4n kerana mengkhi4nat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*