“Ada Sambutan Hari Lahir Ke 19 & 20, Tapi Yang ke 21…Hanya Doa Yang Dapat Kami Sampaikan– Nora Rindu Arw4h Alif

Penyanyi Nora Ariffin telah berkongsi video kenangan ketika menyambut ulang tahun kelahiran ke 19 dan 20 anak keduanya, allahy4rham Alif Johan di laman sosial Instagram (IG)nya pada Sabtu.

Pada ruangan kapsyen, Nora telah meluahkan rasa rindu terhadap allahy4rham yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada 7 Mac (Sabtu) lalu.

19th birthday, 20th birthday celebration but 21st birthday this year hanya doa yang dapat kami sampaikan…Miss you Alif… Al-Fatihah,” tulisnya.

Selain itu, Nora turut memuat naik beberapa keping fotonya menziarah pusara anak kesayagannya dan suami tercinta, allahy4rham Johan Nawawi.

Kedua-dua posting berkenaan telah mendapat perhatian pengikut di IG yang rata-ratanya turut bersimpati dengan penyanyi kesayangan mereka itu.

“Selamat hari lahir yang ke-21 buat anakku, Alif Johan. Hanya doa yang mampu mama berikan.

“Maaf mama tak dapat cium dahi Alif lagi. Moga tenang tenang di sana bersama papa. InsyaAllah kita akan bertemu lagi.

“Mama rindu Alif sebagai anak, teman borak, tengok wayang dan lain-lain,” tulisnya.

Dalam pada itu pada postingnya menziarah pusara allahy4rham suami, Nora meluahkan rasa syukur apabila diberi kekuatan mengharungi duga4nuntuk meneruskan kehidupan.

“Hari ni 7 Mac, hari lahir anak kedua kita…Alif Johan tak sempat sambut 21 tahun hari ni. Alif juga sudah pergi meninggalkan kami.

“Anak-anak lain, Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka. Syukur pada Allah, dengan kekuatan yang diberi, sokongan anak-anak, Iman, Putri dan Fatehah, walau payah perlahan-lahan i cuba melangkah selagi terdaya menyara hidup dan memberi kebahagiaan untuk anak-anak kita.

“We miss you a lot, Really Miss you…In Shaa Allah kita semua dapat bertemu lagi di Jannah. Al- Fatihah Johan Nawawi ,” tulisnya beremosi.

Nora kehilangan Muhammad Syakir Alif Johan pada 14 Disember lalu yang men1nggal dunia secara mengejut di kediaman mereka.

Sebelum itu pada 24 Mac 2017, suami Nora komposer Johan Nawawi men1nggal dunia ak1bat ser4ngan j4ntung.

 

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Ada Sambutan Hari Lahir Ke 19 & 20, Tapi Yang ke 21…Hanya Doa Yang Dapat Kami Sampaikan– Nora Rindu Arw4h Alif"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*