Arw4h Abam terus dirindui…

BEGITU pantas masa berlalu, esok genap sebulan allahy4rham Abam Bocey men1nggal dunia dan kehilangannya masih lagi dirasai ramai hingga kini.

Malah, insan yang sangat merindui arw4h pastinya isteri, anak, adik-beradik dan paling terkesan dengan kehilangannya adalah ibu tercinta, Sabariah Arshad, 63.

Adik arw4h, Ali Puteh berkata kerinduan dirasakannya dan keluarga terutama ibu tidak pernah sedikit pun berkurang dan allahy4rham sentiasa dalam ingatan.

“Kami sekeluarga masih merinduinya. Apatah lagi, ibu masih teringat pada arw4h abang dan doa buatnya akan berterusan daripada kami.

“Malah, hingga kini kawasan kvbur arw4h abang masih dikunjungi orang ramai dan tanahnya sentiasa basah. Terima kasih kepada yang menziarah,” katanya.

Ali dihubungi Harian Metro kini sibuk dengan aktiviti kerjaya seni bersama kumpulan Puteh. Katanya, majlis tahlil dijangka diadakan pada 40 hari.

Sekitar dua hari lalu, Ali memuat naik foto dia ketika kecil bersama arw4h Abam di Instagram dengan menulis kapsyen yang begitu menyentuh perasaan.

“Andai dapat ku undur kan putaran dunia.. kiri itu saya.. kanan tu arw4h Abam.. abang! Angah rindu abanglah.. mak rindu abang.. along rindu abang.. adik rindu abang.. tunggu kami di sana ye abang,” katanya.

FOTO Ali ketika kecil bersama arw4h Abam di Instagram. FOTO IG aliputehofficial

Menerusi perkongsian itu, lebih 10, 0000 pengikut memberi tanda suka dengan lebih 300 komen ditulis. Pun begitu, kebanyakan warganet pada kalangan pengikut Instagram Ali meminta dia terus tabah, cekal dan sabar.

Sehubungan itu, allahy4rham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Ridzuan, 32, men1nggal dunia di kediamannya di Gombak pada 10 Februari lalu.

arw4h meninggalkan balu, Nor Hidayah Mohd Ali, 28 dan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al Juffrey yang kini berusia sembilan bulan.

allahy4rham dikebumikan di Tanah Perkvburan Islam Sungai Pusu, Gombak dan jena4zahnya diiringi lebih 2,000 orang dari masjid hingga ke tempat persemadian.

 

Sumber: Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Arw4h Abam terus dirindui…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*