Makan malam terbantut, pasangan suami isteri tiba dari China dih4lau pemilik restoran gara-gara Covid-19

Matthew dan isterinya kecewa kerana layanan biadab seorang pemilik restoran makanan Cina di Britain. Foto: Matthew Moore / SWNS

 

SEPASANG suami isteri kecewa dengan layanan seorang pemilik restoran makanan Cina di United Kingdom (UK) yang bertindak b1adab mengh4lau mereka dari premisnya kerana bimbang dij4ngkiti koronav1rus atau Covid-19.

Matthew Moore, 37, dan isterinya, Huang Quan Xiang, 32, pergi ke restoran berkenaan untuk menikm4ti makan malam pada minggu lalu, tidak lama selepas tiba dari Chengdu, China.

Selepas memberitahu bahawa mereka tiba dari Chengdu, pasangan itu mend4kwa pemilik restoran berkenaan dengan biadabnya menghalau mereka dari premisnya.

Alasan yang diberikan, menurut pasangan itu, adalah kerana mereka boleh membahayakan nyawa orang lain kerana tidak mengasingkan diri (kuarantin) selama 14 hari sejurus tiba di Britain.

Menurut Matthew yang bekerja sebagai guru di Chengdu: “Pemiliknya sungguh tidak sopan, dia datang kepada kami dan meminta kami pergi. Dia berkata dengan kuat ‘saya harap anda lalui dua minggu kuarantin atau anda tidak dibenarkan duduk di sini'”.

Kata Matthew, terdapat ramai pelanggan lain di dalam restoran tersebut dan kejadian itu sungguh memalukan mereka.

Lelaki berusia 37 tahun itu menjelaskan dia dan isterinya, yang berpindah ke China lima tahun lalu, telah mengasingkan diri di negara tersebut selama sebulan sebelum menaiki penerbangan.

Tambahnya, mereka juga menjalani banyak pemeriksaan di lapangan terbang di China sebelum berlepas dan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow.

Matthew berkata: “Kami beritahunya mengenai perkara tersebut tetapi dia tetap mahu kami meninggalkan premisnya”

 

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Makan malam terbantut, pasangan suami isteri tiba dari China dih4lau pemilik restoran gara-gara Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*