‘Lok4p umpama ner4ka dunia’ – Dr Erin

ISTERI kepada pend4kwah bebas, Da’i Farhan, Noorainul Naqim Mohd Radzi menerusi Instagramnya berkongsi mengenai pengalaman bermalam di dalam lok4p yang dianggap umpama ner4ka dunia.

Noorainul atau lebih dikenali sebagai Dr Erin berkata, pengalaman berada dalam lok4p sangat panas sehingga dia sendiri tidak terhitung waktu.

“Pasti Allah bagi kegembiraan selepas kedvkaan. Dalam lokap, Allah tunjukkan ner4ka dunia. Perasaan dalam lok4p umpama kita menunggu d0sa-d0sa dihisab sebagai hukvman.

“Panas macam dalam oven, peluh meleleh 24 jam. Tak ada angin. Tak tahu siang atau malam. Bagi yang tak tahu malu, 24 jam berb0gel sebab panas dan makan, minum, berak, kencing, semua dalam tu saja. Jadi, dah tak ada perasaan malu dah,” tulisnya.

Tambahnya, dia juga melihat betapa gembiranya orang apabila dapat pulang dan keluar bebas dari lok4p, yang diumpamakan seperti menunggu perhitungan dosa di Padang Mahsyar.

“Betullah cerita di Padang Mahsyar. Semua orang tak kisah bab orang lain dah. Kira diri sendiri saja. Semua orang bogel pun tak ada masa nak tengok dan fikir sebab takvt dengan d0sa-d0sa sendiri.

“Samalah seperti di dalam lokap. Menunggu bila nama kita akan dipanggil untuk dikeluarkan dari ner4ka dunia itu, bagi di bawa ke syurga (balik rumah).

“Kita boleh tengok betapa gembiranya orang yang dipanggil namanya untuk pulang dan betapa sedihnya orang yang menunggu tak pasti bila nama dia akan dipanggil,” tulisnya.

Erin juga berkongsi foto ketika berada di dalam kereta kabel di Gunung Titlis, Switzerland.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan isteri juara program Da’i ditahan polis di pejabatnya di Desa Melawati di Kuala Lumpur selepas dipercayai men1pu seorang pelanggan.

Tertvduh ditvduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana men1pu yang sabit kesalahan boleh dihukum p3njara selama kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dengan sebat serta denda.

 

 

Sumber: Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "‘Lok4p umpama ner4ka dunia’ – Dr Erin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*