Nama Hadi Awang tiada dalam Kabinet. Dr Maza dedah sesuatu

Hari ini negara menyaksikan satu lagi lembaran baru dalam Senario politik dan pentadbiran kerajaan. Pelbagai tokoh dari pelbagai bidang di masukkan dalam Kabinet baru

Namun begitu nama presiden pas, Tuan Guru Haji Hadi tiada dalam senarai kabinet yang di umumkan oleh Tan Sri Muhyddin petang tadi

Mungkin ramai yang Tertanya-tanya kenapa nama Presiden PAS tiada.

Berikut ulasan dan perkongsian dari Dr Maza ketika berjumpa dengan PM di rumah beliau

“Kelmarin semasa saya dijemput oleh YAB TS PM, beliau menceritakan pada saya tentang perkembangan akhir sebelum kabinet diumumkan. Antara yang saya kagum, beliau memberitahu sikap terbuka YB Presiden PAS DS TG Abdul Hadi Awang yang tidak mewajibkan agar dirinya mesti dilantik. Walaupun beliau mengemukakan senarai nama dari partinya, tapi beliau tidak bertegas membuat tuntutan untuk dirinya. Kita patut memuji sikap yang seperti itu. Matlamat kita untuk melihat satu kerajaan yang stabil, cekap, melindungi asas-asas negara dan makmur. Para pemimpin yang mencari redha ALLAH. Jika kita semua tulus kerana ALLAH, banyak urusan umat ini akan berjaya kita laksanakan.

Saya melihat pihak-pihak yang mempersendakan seakan Presiden PAS kecewa tidak dilantik. Saya percaya, persendaan itu satu d0sa atas tudvhan yang tidak berasas.

Marilah kita sama-sama mendokong kerajaan yang dibentuk ini demi kebaikan dan masa depan negara yang kita cintai ini. Ketepikan emosi dan kepentingan diri. Alhamdulillah!” tulis Dr Maza

Alhamdulillah, satu barisan kabinet yang menjadi harapan rakyat dalam menghadapi cabaran sehingga PRU akan datang. Semoga ALLAH rahm4ti dan berkati.

 

Sumber : Musangviral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Nama Hadi Awang tiada dalam Kabinet. Dr Maza dedah sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*