Soalan Sheeda Kepada Ustaz Abdul Somad Di Puji Warga Net

 

Keberanian penyanyi Sheeda bertanya soalan kepada penceramah bebas Indonesia, Ustaz Adbul Somad (UAS) mengenai wuduk dan kemusykilan mengerjakan solat Qada’ dan Jamak dipuji warga net.

Kesempatan tersebut digunakan Sheda dalam satu sesi pertemuan khas UAS bersama artis Malaysia ketika kunjungan UAS ke Kuala Lumpur dua bulan lalu.

Sheeda telah bertanya kepada UAS samada boleh atau tidak artis mengenakan alat solekan sebelum berwuduk, selain menyatakan kemusykilannya tentang menqadakan solat kerana kekangan kerja.

Menjawab persoalah Sheeda itu, UAS kemudiannya menjelaskan dengan terperinci tentang solat Jamak dan Qada yang dibolehkan atas beberapa sebab.

Video ketika sesi itu berlangsung telah dikongsi di laman Facebook (FB) Kampung Ustadz Abdul Somad dan telah ditonton lebih 4.2 juta kali dengan 45 ribu perkongsian berserta 1200 komen.

Pengikut yang sudah menonton video tersebut, mengucapkan terima kasih kepada penyanyi Angkat Kaki itu kerana tidak malu bertanya soalan kepada UAS.

Bagaimanapun, ada juga netizen bersikap kurang manis dengan memperl3kehkan soalan diberikan Sheeda.

Namun, komen-komen negat1if tersebut dibi1das semula oleh warga net yang berpendapat Sheeda telah merungkai persoalan mereka tentang mengerjakan solat solat Jamak dan Qada dengan betul.

Mereka turut berterima kasih kepada UAS kerana sering berkongsi ilmu bermanfaat kepada semua disamping mendoakan kesejahteraan pend4kwah tersebut.

Bolehkah Berwudhu Sebelum Memakai Make Up

Artis Malaysia Bertanya, Bolehkah Kami Berwudhu Sebelum Memakai Make Up – Ustadz Abdul Somad, Lc. MA

Posted by Kampung Ustadz Abdul Somad on Tuesday, February 25, 2020

Peminat buat Sheeda berhijab

PENYANYI dangdut Sheeda, 54, kini tampil bertudung sejak Ramadan lalu selepas terbuka hati dengan pandangan pengikutnya di Instagram (IG).

Sheeda berkata meskipun Allah SWT yang menjentik hatinya untuk memakai hijab tetapi pengikut IG banyak beri nasihat.

“Selain suami dan keluarga yang sentiasa mendoakan saya, komen berbaur nasihat serta pandangan netizen juga membantu saya.

“Terima kasih pada doa dan sokongan anda semua yang sentiasa menjadi pemangkin semangat saya.

“Sejak tampil dengan imej berhijab beberapa bulan lalu, kini saya selesa dan makin dapat menyesuaikan diri,” katanya.

Sheeda berkata sebagai individu yang baru berhijab sepenuhnya meminta tiada harapan tinggi diletakkan padanya.

“Saya masih belajar dan banyak kekhilafan diri. Namun, apa diharapkan pemakaian hijab ini kekal.

“Semoga hati ini terus ditetapkan Allah SWT untuk terus memakai hijab kerana saya pun bukan muda,” ujarnya.

Sheeda atau Rashidah Hamid berkata, dia sangat bersyukur hidayah memakai hijab akhirnya diperoleh.

Selain itu, Sheeda berkata dia sangat terkesan dengan video tularnya di laman sosial baru-baru ini.

“Saya meminta maaf kepada netizen dan peminat di atas apa berlaku termasuk akan lebih berhati-hati nak memuat naik apa saja di laman sosial.

“Meskipun, ia akaun IG sendiri tetapi saya perlu lebih hati-hati menggunakan laman sosial sebaiknya.

“Dengan apa yang berlaku banyak pengajaran saya peroleh dan terima kasih diucapkan,” katanya.

Untuk perkembangan karier nyanyiannya, Sheeda akan muncul dengan single duet Bila Jatuh Cinta – I Love I Miss U bersama penyanyi Intan Maya.

 

Sumber: Dunia Dan Akhirat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Soalan Sheeda Kepada Ustaz Abdul Somad Di Puji Warga Net"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*