Tinggal berjauhan, ibu mentua tak lupa beri semangat kepada BCL – “Kami nak lihat Noah membesar jadi orang baik”

Dida Sinclair bersama menantu dan cucunya.

 

BIARPUN menetap di dua negara berbeza, ibu Allahy4rham Ashraf Sinclair iaitu Khadijah Abdul Rahman tidak melepaskan tanggungjawabnya terhadap menantu iaitu Bunga Citra Lestari (BCL) dan cucu Noah Sinclair yang berada di Indonesia.

Khadijah atau dikenali sebagai Dida sentiasa memberi kata-kata semangat kepada menantu dan cucunya di laman sosial.

Wanita itu turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang sentiasa memberikan kata-kata yang murni dan mengagumi menantunya sebagai seorang wanita yang tabah.

Dia dan keluarga berjanji untuk sentiasa mempunyai hubungan baik dengan menantunya itu biarpun anaknya sudah tiada.

Noah bersama datuknya.

“Ribuan ribuan terima kasih atas kata kata yang amat murni.

“Bunga amat disayangi dan menjadi inspirasi kepada ramai peminatnya.

“Kami nak lihat Noah membesar menjadi pemuda yang baik, bahagia dan penuh kasih seperti ayahnya,” tulisnya.

Tambahnya, ahli keluarganya turut akan memberi perhatian kepada Noah sepanjang kanak-kanak itu membesar.

Pada posting lain, Khadijah turut memuat naik foto Noah baru selesai mengaji dan berdoa.

Rata-rata netizen tersentuh dan mendoakan Noah menjadi anak yang soleh.

Netizen mendoakan Noah menjadi anak yang soleh.

“Nanti Noah yang bawa bersama mama dan papa dan berkumpul bersama di syurga ya,” 

“Ashraf kecil… Semoga Noah menjadi anak yang soleh seperti daddynya,” 

“Semoga Noah jadi anak yang baik, kuat dan soleh. Sentiasa doakan ayah ye Noah,” tulis netizen.

 

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Tinggal berjauhan, ibu mentua tak lupa beri semangat kepada BCL – “Kami nak lihat Noah membesar jadi orang baik”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*