Datin Shahida b0ngkarkan screenshot wassap yg dihantar DS Aliff Syukri buat warganet tak sangka

 

Siapa tidak kenal dengan pasangan usahawan selebriti popular penuh kontr0versi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja cerita pan4s terutamanya tentang si suami.

Namun bukan sisi tidak elok atau kontr0versi yang ingin dikongsikan di sini. Siapa sangka sedar tak sedar, nampaknya perkahwinan mereka  sudahpun menginjak tahun yang ke-11. Sewaktu Datuk Aliff Syukri sekarang berdepan duga4nhebat yang menguji kesabaran beliau berkenaan perselisihan dengan pihak produksi Gegar Vaganza, isterinya pula kini sedang berada di tanah suci bagi mengerjakan umrah.

Dalam perkongsian terkini oleh Datin Shahida, beliau telah memuat naik sebuah gambar ‘screen shot’ perbualan Whatsapp antara beliau dengan suami

”Nampak tak dia hantar laporan apa dia buat..takut kita jeles la tu.. Itu lah suami saya @aliffsyukriterlajaklarismana je dia pergi x perlu kita tanya dia sendiri lapor diri……Sbb dia dah diajar utk lapor diri oleh bonda tercinta dia @bondarozitaibrahim …….jadi lepas kahwin laporan bertukar tangan..”

Begitulah entri yang ditulis oleh Datin Shahida berserta gambar di bawah;

http://empiremedianetwork.com/wp-content/uploads/2019/01/D1-1-300x227.jpeg

Rata-rata warganet memuji pasangan ini yang disifatkan sungguh romantik, malah paling mendapat pujian ialah Datuk Aliff Syukri kerana sifat suami penyayang yang ditonjolkan. ”ruzza_aisyah alhmdulillah…apa pn terbaik..suami contoh..xsmua suami sikap mcm tu datin..klu smua..alangkah indahnya..dunia. .moga datin dan dato kekal hingga ke jannah..ibu dato beri didikan yg terbaik dh..syukur..”

Begitulah komen seorang warganet yang memuji Datuk Aliff Syukri sebagai seorang suami contoh meskipun sibuk dengan urusan perniagaan namun tetap ada masa untuk ber’sayang-sayang’ dengan isteri. Terdahulu, pasangan bahagia ini tidak lokek bercerita tentang pengalaman romantis sewaktu mula-mula berkenalan, berkawan dan akhirnya menjadi suami isteri.

Kata Aliff menerusi kiriman Instagram, dia bagai tidak percaya wanita yang pada awalnya tidak mempunyai persefahaman dengannya itu akhirnya menjadi pasangan hidup. Aliff akui sukar untuknya menolak sekiranya itulah jodoh yang sudah ditetapkan Tuhan.

“11 tahun dulu.. dia sahabat saya dan kawan baik satu tempat kerja. Dulu masa jumpa mula-mula @shahidadherbs rasa tak boleh nak ‘ngam’ sebab dia pendiam dan tegas. Saya pula masuk air. Jadi macam tak sebulu sangat hanya kawan OK. Lama-lama tu terasa sayang sebab kami rasa ada keserasian. Tu yang orang tua kata, jangan benci. Nanti suka.. hahahaha… padan muka,” tulis Aliff.

Manakala Shahida pula berkongsi pengalaman sewaktu naik pelamin dengan Aliff. Kenyataan yang dimuatkan di kapsyen Instagram itu turut disertakan foto lengkap bersongket berwarna hijau pucuk pisang ketika hari bahagia mereka.

“11 tahun lepas, warna ni tengah popular di sekitar majlis-majlis kahwin, sebab tu kita pakai baju warna ni. Alhamdulillah waktu ni dapat tajaan daripada Abang Mail dari Butik Pengantin Syahirah Rawang sebab dulu selalu jadi model butik dia.

“Saya kahwin umur 22, @aliffsyukriterlajaklaris waktu tu umur 20 tahun. Macam tak percaya pula dah injak 11 tahun usia perkahwinan dan nak masuk empat cahaya mata campur Ameena dan Qayyum semua dah enam orang (ramai kan anak-anak saya),” tulis Shahida.

Aliff yang disatukan dengan Nur Shahida pada 10 Ogos 2008, kini mempunyai tiga cahaya mata, Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 tahun. Malah, mereka juga mengambil anak angkat, Ameena yang sudahpun mencecah umur 5 bulan dan Qayyum, tiga bulan.

Ibu Dato Aliff Syukri d3dahkan Perangai Sebenar Datin Shahida 

Belum sepi dari komen-komen warganet yang tidak bersetuju mengenai tindakan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang memuat naik detik isterinya Datin Seri Shahida mener4n untuk melahirkan bayi, nyata ibunya Rozita Ibrahim bijak menenangkan keadaan dengan memberi pandangan berbeza.

Kegembiraan menyambut kehadiran cucu baru dalam keluarga ini membuatkan dia begitu menghargai menantunya itu malah Rozita atau dipanggil Bonda Rozita turut berkongsi cerita yang menyentuh hati tentang menantunya itu yang selama ini mungkin tidak ramai yang tahu.

Kegembiraan menyambut kehadiran cucu baru dalam keluarga ini membuatkan dia begitu menghargai menantunya itu malah Rozita atau dipanggil Bonda Rozita turut berkongsi cerita yang menyentuh hati tentang menantunya itu yang selama ini mungkin tidak ramai yang tahu. Kalau dilihat dari catatan di instagram bondarozitaibrahim , Datin Seri Shahida ini memang menantu pilihan dan kesayangan.

Macam mana saya uji dia

Bagaimana Ida menjadi menantu saya? Saya uji dia semasa dia mejadi staf saya lagi Masa interview staff HR bagitahu dia ni adalah model syampoo yg terkenal..(saya tak kenal artis sangat ) saya agak tekejut kerana seorang model yg income byk boleh bekerja sebagai CS..??

Disini saya akui saya tidak mahu org yg dlm dunia glamer jadi ahli keluarga saya!! Tetapi saya tak prejudis, saya sentiasa memerhatikan dia sebab saya melihat akhlaknya seindah rupa parasnya yg cantik, sgt baik. Dia tak sombong dan tak kekok menggangkat kotak dan menyapu samp4h walaupun dia seorg model yg terkenal. Ini sgt mengejutkn saya.

Saya risik dan intai setiap kali waktu solat, dia akan berhenti utk solat dan sewaktu berenang di kolam renang dia tetap menjaga auratnya. Masa baru kerja setiap hari peminat2 lelakinya hantar bunga..kasi jam mahal. Ida bukan murah dan senang nak dapatkan. Bila Kri ngorat dia pun tak nak. Woww hebat budak ni…

Sepanjang saya melihatkan anak saya sukakan dia dan saya masih menguji sejauh mana kekuatan anak sy dn kekuatan jiwa Ida adakah memilih anak saya adakah sebab harta. Bila saya bagi zakat pada fakir miskin Ida sebagai staf paling suka bantu uruskan. Saya simpan di hati ” nak sgt budak ni…” Yg pinang dia ialah Abg Ady dan Kak Yatienya..

Ciri-ciri murni Ida jadi idaman saya

Kri memang hensem dan ramai peminat tp bab dosa besar dia tak kan buat sy puji Kri bab ni. Nak kawin pun dia serahkan pada saya. Bila dia kata nak Ida saya kata tak payah lama… kawin je terus. Mak yakin Kri pandai urus perkahwinan sbb dia jaga anak-anak saya waktu saya kerja masa miskin.

Kri ni bab baiknya lah ya..puasa tak pernah tinggal sehari pun, tak merokok dan sayang saya sgt (sampai nama ank dia pun dia nak saya kasi nama semuanya) Saya akui susah hati didik Kri! Masa dia remaja bini org , mak cik-makcik suka dan sayang dia, utk elak perbuatan tak senon0h Ida terbaik utk saya. Antara lain saya tak melihat Ida seperti gadis lain yg tergedik-gedik utk mengg0da org kaya, ciri-ciri murni pada Ida ini memang menjadi idaman saya.(Saya sgt memilih nasab).

Satu paling saya tak lupa pada awal perkahwinannya dia menjaga ayah saya s4kit sama-sama dgn saya. Dia sayang anak-anak saya yg msih kecik dan begitu bersemangat tak mengeluh walaupun baru berkahwin. Cuba bayangkan di hati anda adakah Ida ini patut saya sia-siakan di dalam keluarga saya?…

Touching kan membaca status instagram ibu Datuk Seri Aliff Syukri ni. Untung dapat menantu macam ni, dan beruntung juga Datuk Seri Aliff dapat isteri sebegini baik. Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Ammar Ahyan 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6.

Pasangan ini mengambil anak angkat, Ameena pada Oktober 2017 dan Qayyum pada awal Disember 2017. Dua hari lalu pasangan ini menimang cahaya mata keempat selepas enam tahun menanti. Bayi yang baru lahir ini dinamakan Yusoff Al Qardawi.

 

 

Sumber: Slamber Media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Datin Shahida b0ngkarkan screenshot wassap yg dihantar DS Aliff Syukri buat warganet tak sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*