Instafamous yang pernah mencetuskan kontr0versi, Marshairah Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan King Coco telah mendapat perhatian netizen selepas terlibat dalam dunia politik menerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Menang jawatan yang dipertanding
Lebih mengejutkan ramai apabila satu poster kempen yang memperlihatkan King Coco bertanding sebagai calon Ketua Srikandi Parti Bersatu Bagan Serai mula viral di platform media sosial sejak beberapa hari yang lalu.
Menerusi satu video berudarai 10:47 saat yang dikongsikan di Facebook, Bagan Serai Kampung HalamanKu memaparkan King Coco yang berusia 22 tahun itu sudah memenangi jawatan yang dipertandingkan dengan memperoleh sebanyak 62 undian. Ibu kepada seorang anak ini juga dilihat menjerit keriangan apabila dia berjaya menewaskan 2 orang calon yang lain.
King Coco buat ‘come back’
Nama King Coco kini sudah mula trending di Twitter. Rata-rata netizen terkejut mendengar berita mengenai penglibatan Instafamous kontr0versi ini dalam dunia politik. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang mengatakan bahawa King Coco kini membuat ‘come back’ setelah beberapa tahun ‘menghilangkan diri’.
Sumber: Bagan Serai Kampung HalamanKu,/OhBulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh Media
Be the first to comment on "[VIDEO] Ingatkan T1pu, Rupanya Betul! King Coco Menang Jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai"