“Keputusan UPSR Saya 4A, PMR 4A Dan SPM 5A, Saya Bukanlah Perempuan Bod0h,” – Mawar Rashid Akui Masih Terkesan 1su GST, Bangkit Hasil Sokongan Famili

Pelakon Mawar Rashid tidak menafikan sehingga kini dirinya masih lagi terkesan dengan insiden diperli ketika menyertai Pencarian Dewi Remaja lebih tahun lalu hingga dilabel dengan pelbagai gelaran, termasuk ‘Mawar GST’.

Malah ketika sesi tayangan video bersempena dengan pelancaran produk kosmetik yang diusahakannya, Mawarose pada Isnin, ibu muda ini tidak mampu menahan air mata ketika klip ditemu bual mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dipertontonkan semula.

Difahamkan, ia d1sunting ahli keluarga di luar pengetahuan Mawar yang sekali gus, mengimbas kembali ingatannya terhadap ins1den yang disifatkan detik paling tervk dalam hidupnya itu.

“Sejujurnya saya masih terkesan. Bagi saya ia adalah momen paling teruk dalam kehidupan saya, sudah tentu. Tak semua orang rasa apa yang saya lalui.

“Bukan saya sengaja buat perkara yang jahat atau sesuatu yang rosakkan jiwa sendiri atau orang lain.

“Saya masih belum matang pada ketika itu dan saya hanya diri akan tetapi, ramai yang tidak boleh terima.

“Saya belum cukup matang dan rasa gementar. Orang yang gementar akan rasa ‘blank’ dan cakap meng4rut.

“Akan tetapi pada akhirnya, bila saya naikkan semangat balik kerana sokongan keluarga dan peminat, saya jadi okay dan tahu keupayaan diri.

“Saya ditvduh bod0h. Keputusan UPSR saya 4A, PMR 4A dan SPM 5A. Saya bukanlah perempuan bod0h malah berbangga dengan pencapaian diri setakat ini.

“Kalaulah saya tidak bijak, buat apa saya sambung pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan?” luahnya dengan rasa syukur.

Mawar bagaimanapun tidak menafikan apa yang berlaku memberi banyak sisi positif dalam hidupnya selepas itu.

Terdahulu pada majlis sama, Mawar turut memperkenalkan lagu ‘jingle’ berunsur K-pop ciptaan Amir Hassan sementara lirinya pula d1susun Mawar bersama suaminya, Raf Yaakob serta abang tersayang, Arfan dan Amir sendiri.

“Lagu ini ada khas untuk produk yang baru sahaja dikeluarkan dan akan dilancarkan di YouTube tidak lama lagi.

“Sebelum ini saya pernah sekali lakukan rakamkan sebuah lagu untuk satu telemovie siaran RTM  yang saya turut berlakon sama sekitar dua tahun lalu. Akan tetapi lagu ini ibaratnya adalah sesuatu yang saya inginkan.

“Beat yang lebih segar dan ‘fast’. Sementara untuk lagu ini, saya buat rujukan menerusi lagu-lagu kpop sebab ia tengah menjadi trend ketika ini.

“Saya ada keinginan untuk membuat persembahan bersama lagu ini secara langsung juga, tetapi saya perlukan lebih praktis.

“Kiranya masih belum yakin lagilah nak nyanyi ‘live’. Nanti kesian dekat diri-sendiri, kena kec4m lag,” selor0h Mawar.

Ditanya mengenai penghasilan Mawarose ‘Magic Rose Lips & Cheek Cream’, bintang ini mempunyai sebab tersendiri terhadap nama yang dipilih.

Ujarnya, ‘Mawar’ itu sendiri mempunyai signifikan istimewa bagi dirinya.

“Mawar’ adalah gabungan nama orang tua saya. Marini Abdullah (MA) dan Wan Abdul Rashid (WAR), lalu jadilah Mawar.

“Untuk lakukan penjenamaan yang lebih besar, kami cadangkan nama Mawarose. Betapa saya juga seorang yang obses dengan bunga Ros.

“Ia ibarat ratu kepada segala bunga. Paling cantik tetapi berduri,” akui Mawar yang turut mengumumkan produk kosmetik hasilannya itu bakal dijual melalui mesin layan diri tidak lama lagi selain di media sosial.

 

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Keputusan UPSR Saya 4A, PMR 4A Dan SPM 5A, Saya Bukanlah Perempuan Bod0h,” – Mawar Rashid Akui Masih Terkesan 1su GST, Bangkit Hasil Sokongan Famili"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*