Bagi pasangan suami isteri, sudah semestinya mereka mahukan hubungan berakhir sehingga ke hujung nyawa. Namun, pem3rgian yang tersayang hanya setelah 2 bulan bergelar suami isteri pastinya memberi kesan mendalam. Airina Roslan berkongsi kesedihannya selepas 4 bulan suaminya dijemput Ilahi.
Tahu hamil selepas 3 hari pergi
Airina meluahkan rasa sedihnya apatah lagi hanya mengetahui dirinya hamil setelah 3 hari arw4h suami, Muhammad Amirul Ashraf kembali ke rahmatullah. Dia juga memohon maaf kerana tidak sempat memaklumkan mengenai kehadiran orang baru dalam hidup mereka berdua.
Ibu janji jaga cucu
Ibu kepada arw4h, Azlita Aziz turut menyatakan rasa rindu buat anaknya itu. Tambahnya, walaupun mencuba untuk tidak terlalu memikirkan arw4h, namun dia akhirnya tewas juga setelah menatap wajah menantunya.
Dah 4 bulan abang tinggal kan kami. Rindunya tak boleh nak diungkap dengan kata-kata. Mak cuba happykan diri supaya mak tak seksa diri untuk selalu teringatkan abang. Tapi air mata ini akan gugvr juga bila mak tatap wajah Airin. Sayu sangat. Bila kenangkan dia. Di saat baru nak bina bahagia. Abang tinggalkan dia.
Tapi Allah dah rancang yang terbaik. Allah nak bagi kami pahala. Mak sentiasa doakan Airin dan baby sihat, sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah selalu. Sedih bila dia lahir tiada bapa. Insya-Allah mak dan ayah akan jaga dia untuk Mirul. Mak janji bang. Mak janji.
Sumber: Azlita Aziz, Airin Roslan/OhBulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh Media
Be the first to comment on "‘Lepas Ayah Takde, Baru Nak Tunjukkan Diri Ye Baby?’ – Isteri Tahu Hamil Lepas 3 Hari Suami Pergi"