Selepas berita mengenai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 5,000 peserta tabligh untuk ujian COVID-19 disiarkan media, warganet memohon agar kesemua yang terlibat ‘menyerahkan diri’ kepada pusat kesihatan berhampiran.
Menerusi ruangan komen pada berita tersebut yang dikongsi di laman sosial rata-rata warganet memohon kerjasama daripada mereka yang terlibat.
Bagaimanapun ada di antara warganet yang dikec4m kerana meninggalkan komen dianggap kurang bijak dan seperti tidak mengambil serius tentang v1rus peng4ncam nyawa itu.
Terdahulu, semua Jabatan Kesihatan Negeri dilaporkan sedang mengesan lebih 5,000 peserta Malaysia yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.
Ini kerana menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, s1asatan dijalankan susulan laporan International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei, telah mengesan individu positif COVID-19 di negara itu mempunyai sejarah perjalanan ke Malaysia.
Sementara itu menerusi laporan Astro Awani, Brunei telah merekodkan lima lagi k3spositif COVID-19 pada Selasa lalu, selepas k3spertama disahkan pada Isnin.
Menurut Kementerian Kesihatan negara itu, lima kenalan rapat pes4kitpertama juga didapati positif j4ngkitan v1rus tersebut dan diasingkan untuk r4watandi pusat kuarantin negara di daerah Tudong.
Salah seorang daripada mereka merupakan lelaki berusia 53 tahun yang mengakui menyertai ijtim4k tabligh di Masjid Seri Petaling dan telah berada di Miri untuk membeli-belah.
Di Malaysia, seorang lelaki warga tempatan berusia 60 tahun dan mempunyai sejarah menghadiri perjumpaan ijtim4k tabligh minggu lalu disahkan positif Covid-19.
Sumber: Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh Media
Be the first to comment on "COVID-19: “5,000 Susah Nak Jejak, Diharap Peserta Ijtim4k Tabligh Beri Kerjasama” – Warganet Mohon Yang Terlibat ‘Serah Diri’"