“Sama-Sama Kita Berdoa Agar Sentiasa Dilindungi,” – Perhatian! Sepahtu Reunion Live Ditunda, Langkah Penc3gahan COVID-19

Program komedi, Sepahtu Reunion Live ditanggungkan berikutan langkah keselamatan serta penc3gahan bagi mengekang penularan Cor0nav1rus 2019 (COVID-19) yang kini melanda seluruh dunia, termasuk di negara ini.

Perkara itu dikongsikan anggota kumpulan berkenaan, Jep Sepahtu di Instagramnya.

“Kami ingin beritahu berita yang mendukacitakan apabila kami diberitahu pihak Astro telah memutuskan untuk menunda siaran langsung program Sepahtu Reunion Live pada hari Jumaat ini dan Sepahtu Reunion Al-Puasa pada hari Ahad ini.

“Perkara ini berikutan langkah berjaya-jaga pihak Astro untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak,” kata Jep. 

Sementara itu, Shuib turut memaklumkan bahawa mereka akan sentiasa mengemaskini akaun Instagram rasmi, @Sepahtu Reunion Live Official.

“Jangan risau, kami akan sentiasa ‘update’ dari masa ke masa mengenai program Sepahtu Reunion Live

“Sama-sama kita berdoa agar sentiasa dilindungi daripada v1rus COVID-19 dan keadaaan kembali pulih seperti biasa,” jelas Shuib.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pengumuman!! Minggu ini tiada Sepahtu Reunion Live @shuibsepahtu @rahimr2 @illya_senario @sepahtureunionliveofficial @sinar_my #wamestireturnbro

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Dalam perkembangan lain, Sepahtu Reunion Live 2019 Akhir turut tercalon bagi kategori Program MeleTOP dalam Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) yang berlangsung pada 12 April ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Terdahulu, pihak Astro turut memaklumkan bahawa program hiburan, MeleTOP yang bersiaran secara langsung pada Selasa lalu di Astro Ria dan Ria HD tidak mempunyai penonton sebagaimana lazimnya.

Video : Instagram Jep Sepahtu

 

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Sama-Sama Kita Berdoa Agar Sentiasa Dilindungi,” – Perhatian! Sepahtu Reunion Live Ditunda, Langkah Penc3gahan COVID-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*