Tun M mula dedah kenapa org Melayu tak suka Anwar

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad mend4kwa orang Melayu tidak menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana falsafah politiknya yang liberal.

Dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian, bekas Perdana Menteri itu berkata, orang Melayu belum boleh menerima ideologi liberalisme kerana takut kedudukan mereka ter4ncam kerana orang Melayu hari ini hanya ada kuasa politik.

“Kalau kita toleh ke belakang, bila dia terkeluar daripada UMNO ketika saya jadi Perdana Menteri (pada tahun 1998), dia cuba tubuh sebuah parti menentang saya.

“Dulu sebelum ini Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) keluar parti dan tubuh parti Semangat 46. Tetapi itu parti Melayu. Anwar keluar-keluar dia buat parti liberal. Dia nak dapat sokongan daripada DAP maka dia ajak DAP masuk, Pas masuk. Falsafah dia liberal,” katanya.

Dr Mahathir Ada Masalah Dengan Anwar

Ditanya mengenai persepsinya terhadap Anwar, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi mengakui bahawa beliau mempunyai masalah dengan Ahli Parlimen Port Dickson itu.

“Saya menghadapi masalah dengan Anwar. Saya mengaku. Semasa saya menjadi Presiden UMNO, Anwar tersingkir dan dia kena huvkuman pe3njara.

“Bila kita nak lawan dan nak jatuhkan Najib, saya berpendapat bahawa antara Najib dengan Anwar, saya rasakan Najib lebih baha4ya.

“Jadi saya sanggup rujuk kembali dengan Anwar, bahkan saya turut bekerjasama dengan DAP. Kalau tidak kita tidak boleh kalahkan Barisan Nasional (pada Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya.

Peletakan jawatan Dr Mahathir pada 24 Februari lalu mencetuskan krisis politik dengan penyelesaiannya Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri

Ramalan Terbaru.

Namun, semalam Dr Mahathir yang kembali menjadi figura penting PH setelah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh, mend3dahkan satu ramalan yang sudah pasti mengejutkan kepimpinan pakatan itu.

Pada saat PH berkeyakinan Dr Mahathir akan terus mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen untuk kembali menjadi Perdana Menteri apabila Dewan Rakyat kembali bersidang, Ahli Parlimen Langkawi itu pula meramalkan kerajaan dipimpin Muhyiddin akan terus kekal mentadbir sehingga pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Melalui satu temu ramah eksklusif bersama Sinar Harian, Dr Mahathir memberi alasan Muhyiddin kini dipercayai akan memberi ‘gula-gula’ kepada ramai Ahli Parlimen termasuk yang pernah menyokongnya bagi tujuan mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional.

Susulan kenyataan sensasi Dr Mahathir itu, Muhyiddin serta beberapa pemimpin berpengaruh PH memberikan reaksi dan pandangan berbeza terhadap masa hadapan kerajaan Perikatan Nasional.

PM Ucap Terima Kasih

Dalam ucapan sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet semalam, Muhyiddin tanpa berselindung mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Mahathir di atas ‘ramalan’ dikemukakan beliau.

Bahkan, Muhyiddin memohon Dr Mahathir mengiktiraf pembentukan kerajaan Perikatan Nasional kerana menjelaskan ia adalah sah dari aspek Perlembagaan Persekutuan.

Tidak keterlaluan penulis berpendapat Muhyiddin masih tidak putus harapan melihat Dr Mahathir akan terbuka hati menyertai kerajaan baharu itu berdasarkan pend3dahan isi kandungan surat dikirimkan kepada negarawan berusia 94 tahun itu.

 

Sumber: M.B

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Tun M mula dedah kenapa org Melayu tak suka Anwar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*