“Apabila Menjadi Suami Fazura Saya Lebih Positif Kerana Aura Dia”- Fattah Amin

Pelakon dan penyanyi Fattah Amin mengakui isterinya Nur Fazura Sharifuddin menjadikannya seorang insan yang lebih positif.

Menurut Fattah positiviti tersebut turut dibawa ke dalam lagu terbarunya berjudul Bebas, ciptaan Rudy Nastia serta lirik ditulis Leo Azman.

“Lagu Bebas membawa tema tentang kebebasan tanpa terbelenggu dengan perkara negatif.

“Oleh itu saya menjadikan isteri sebagai inspirasi kerana dia sendiri memang sudah lama menyebarkan segala elemen dan aura positif dalam hidup termasuk di media sosial. 

“Apabila saya menjadi suaminya, inspirasi itu bertambah dekat dalam diri. 

“Kalau perasaan sebelum ini pun dia ada menyebarkan elemen positif menerusi lagu Sayangi Dirimu,” katanya yang menujukan lagu Bebas kepada sesiapa sahaja yang berdepan masalah. 

Tambah pelantun lagu Wanita Terakhir ini lagi, buah tangan terbaharunya itu juga mengangkat 1su sosial melibatkan m3ntal dan kemurungan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Don’t mind me but I’m still smitten with my ex-boyfriend. 🥰😍

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

“Lagu ini cuba menyalurkan semangat baru dan menyuntik motivasi sekali gus mahu membebaskan daripada bebanan dan tekanan masalah dialami. 

“Pada akhirnya juga kita harus yakin dan percaya dengan diri, bahawa setiap permasalahan pasti ada jalan keluar daripada kepompong itu. 

“Kita harus ingat masih ada orang sekeliling termasuk keluarga dan kawan yang boleh menyokong kita daripada terus larut tanpa arah tujuan,” katanya.

Lagu Bebas telah dilancarkan pada pvkul 12 tengah malam tadi  di semua platform digital iaitu, Spotify, iTunes, KKBox dan Deezer.

Sementara Joox dan juga Apple Music bermula pagi tadi.

Turut dilancarkan serentak ialah video muzik lagu itu yang diarahkan Thaqif Saadon di saluran YouTube.

 

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Apabila Menjadi Suami Fazura Saya Lebih Positif Kerana Aura Dia”- Fattah Amin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*