Lisa Surihani dedah suaminya, Yusri ada melakukan sesuatu ketika dia hamiil ank pertama

 

Pelakon Lisa Surihani mend3dahkan suaminya, Yusry Abdul Halim telah menanam sebatang pokok ketika mendapat tahu dia ham1ilkan anak pertama mereka, Yahaira Leanne. Kini selepas anaknya itu berusia lima tahun, Lisa menunjukkan pokok tersebut telah membesar dengan subur.

“Bila bapa awak tahu saya ham1ilkan awak, Yong (panggilan untuk Yahaira). Dia telah menanam pokok dan namakannya dengan The Yahaira Tree. “Ia membesar dengan indah. Masya-Allah dan Alhamdulilah…,” katanya. Lisa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu Lisa memuat naik foto yang menunjukkan pokok tersebut di halaman rumahnya. Rata-rata kagum melihat pokok tersebut membesar dengan subur dan cantik. Malah ada yang mencadangkan supaya mereka membuat rumah kecil di atas pokok itu. Lisa da Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Pasangan ini turut mempunyai seorang lagi anak Yusof Leonne berusia tiga tahun.

Sumber : Gempak

Berhijab tidak hanya luaran.

PENAMPILANNYA berhijab sejak pulang dari Tanah Suci menunaikan ibadah umrah di Makkah baru-baru ini, mencvri perhatian ramai. Tidak saja nama pelakon jelita Lisa Surihani menular dalam media sosial, iman baharunya itu juga menjadi ikutan dan mendapat pujian warganet. Secara peribadi, pemilik nama penuh Lisa Surihani Mohamed, 33, mengakui dirinya masih dalam usaha memperbaiki diri untuk menjadi hamba Allah SWT yang lebih baik.

“Cuma, soal pemakaian yang berbeza kerana apabila kita bertudung, ia adalah satu penghijrahan. “Banyak lagi pemahaman mengenai erti penghijrahan itu. Kita bukan saja berhijab dari segi luaran, juga perlu menjaga hijab yang lain seperti mata, mulut, akal fikiran dan hati,” katanya.

Pelakon yang menempa nama menerusi filem Ombak Rindu dan Istanbul Aku Datang ini menegaskan, dia enggan terbuai dengan pujian hingga tersasar daripada niat sebenar melakukan penghijrahan. “Terus terang, diri ini leka sebelum ini kerana mengaji al-Quran pun masih merangkak dan sebagainya.“Orang lain tidak boleh menentukan sama ada saya sudah mendapat hidayah daripada Allah kerana ia boleh ditarik balik dan iman pun ada pasang surutnya.

“Justeru, hanya Allah yang boleh menilai keimanan kita,” katanya. Bagaimanapun, kata Lisa, dia ada menggunakan khidmat ustazah untuk mengajarnya mengaji al-Quran di rumah. “Saya belum konsisten mengaji al-Quran lagi. Saya dan ibu mulakan kelas mengaji bersama ustazah di rumah dan selepas ini, baru bersama dua anak, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne pula,”katanya.

TIADA SYARAT SOAL KERJAYA. Selepas berhijab, Lisa akui dia tidak meletakkan sebarang syarat kepada produser mahupun pengarah filem apabila membicarakan soal kerjaya lakonan. “Sebelum berhijab pun, saya memang memilih dengan tawaran yang datang. Selalunya, saya berbincang dengan pengarah mengenai watak dan skripnya terlebih dahulu.

“Saya tidak mahu bersikap takbur dengan mengeluarkan kenyataan tidak mahu babak bersentuhan dalam filem dan sebagainya selepas berhijab,” katanya. Ditanya penerimaan pelakon dan pengarah Yusry Abd Halim pula, kata Lisa, suaminya juga tidak pernah meletakkan sebarang syarat membabitkan soal kerja.

“Yusry beri sepenuh kepercayaan tetapi saya tetap berbincang de­ngannya mengenai watak ditawarkan kerana menghorm4tinya sebagai suami. “Setakat ini, saya tidak berdepan masalah membabitkan projek lakonan atau komersial selepas berhijab kerana rata-rata dapat terima penampilan baharu ini,” katanya.

Mengenai gambarnya yang tidak berhijab dalam media sosial pula, kata Lisa, dia juga tidak memaksa peminat untuk memadam gambar lama terbabit. “Setakat ini, tiada 1su peminat menyebarkan gambar saya tidak berhijab menerusi media sosial,” katanya. Mengulas perkembangan karier seni, Lisa terbabit selaku hos dalam program Tanya Dr Imelda untuk saluran Prima 105.

“Saya dan Yusry juga sibuk dengan perancangan projek drama serta telefilem terbitan produksi sendiri,” katanya. Tidak ketinggalan, Lisa terbabit dalam kempen meningkatkan kesedaran dan aktiviti kemanusiaan selaku Duta UNICEF (Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) Malaysia.

 

Sumber : myMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Lisa Surihani dedah suaminya, Yusri ada melakukan sesuatu ketika dia hamiil ank pertama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*