Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi anggota kepada gabungan itu.
Bagaimanapun, Anwar berkata PH terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan mengenai status Dr Mahathir di peringkat PH.
“Sehigga hari ini dia bukan anggota PH lagi. Tapi kita terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Dia ada membuat jemputan bertemunya hari ini dengan beberapa pemimpin PH. Saya tidak bersama kerana saya sedang membuat sidang media,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu, hari
Orang Melayu Tak Suka Anwar
Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad mend4kwa orang Melayu tidak menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana falsafah politiknya yang liberal.
Dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian, bekas Perdana Menteri itu berkata, orang Melayu belum boleh menerima ideologi liberalisme kerana takut kedudukan mereka ter4ncam kerana orang Melayu hari ini hanya ada kuasa politik.
“Kalau kita toleh ke belakang, bila dia terkeluar daripada UMNO ketika saya jadi Perdana Menteri (pada tahun 1998), dia cuba tubuh sebuah parti menentang saya.
“Dulu sebelum ini Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) keluar parti dan tubuh parti Semangat 46. Tetapi itu parti Melayu. Anwar keluar-keluar dia buat parti liberal. Dia nak dapat sokongan daripada DAP maka dia ajak DAP masuk, Pas masuk. Falsafah dia liberal,” katanya.
Dr Mahathir Ada Masalah Dengan Anwar
Ditanya mengenai persepsinya terhadap Anwar, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi mengakui bahawa beliau mempunyai masalah dengan Ahli Parlimen Port Dickson itu.
“Saya menghadapi masalah dengan Anwar. Saya mengaku. Semasa saya menjadi Presiden UMNO, Anwar tersingkir dan dia kena huvkuman pe3njara.
“Bila kita nak lawan dan nak jatuhkan Najib, saya berpendapat bahawa antara Najib dengan Anwar, saya rasakan Najib lebih baha4ya.
“Jadi saya sanggup rujuk kembali dengan Anwar, bahkan saya turut bekerjasama dengan DAP. Kalau tidak kita tidak boleh kalahkan Barisan Nasional (pada Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya.
Peletakan jawatan Dr Mahathir pada 24 Februari lalu mencetuskan krisis politik dengan penyelesaiannya Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri.
Sumber: M.B
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh Media
Be the first to comment on "Tervk kena ‘balun’ dgn Tun M, Anwar mula bersuara"