‘Takyah Pi Jumaat, Zohor Kat Rumah?’ – Persoal Batal Solat Jumaat, Rita Rudaini ‘Disekolah’ Netizen

Selepas mengambil kira situasi semasa penularan w4bak COVID-19, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis mengeluarkan arahan memutuskan solat Jumaat di seluruh negeri Perlis pada 13 Mac 2020 digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing. Perkara ini telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Walaubagaimanapun, Rita Rudaini di Instagram berpendapat masjid adalah tempat yang selamat dan orang ramai tidak perlu takut untuk ke masjid.

Mmmm…macam tak kena ja. Tak yah pi jumaat, zohor kat rumah? Mmmmm kalau macam tu opis tak yah pi, kerja kat rumah ja. Sekolah tak yah pi, sekolah kat umah ja..gena? Jangan takut pi masjid… Masjid kan tempat yang selamat…. Lepas solat Jumaat ramai-ramai tu buat solat hajat pulak… Doa ramai-ramai… Solat jumaat kan lebih baik…. Mmmm tah lahh mufti perlih lebih ‘arif’ kan…#anakperlihpure

Tambah Rita lagi, dia melihat seperti ada yang ‘tidak kena’ apabila solat Jumaat digantikan dengan solat Zohor di rumah. Dia mempersoalkan bagaimana pula dengan tempat kerja dan sekolah anak-anak.

Di ruangan komen, pendapat Rita ini mendapat pelbagai respon daripada orang ramai. Rata-rata menganggap keputusan yang diambil wajar dihorm4ti dan ada hikmah di sebaliknya. Orang ramai turut menganggap Rita tidak arif dalam bidang berkaitan w4bak.

‘Mufti bagi arahan, dapat perkenan sultan’

‘Sebagai langkah berjaga-jaga’

Sumber : Rita Rudaini/OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "‘Takyah Pi Jumaat, Zohor Kat Rumah?’ – Persoal Batal Solat Jumaat, Rita Rudaini ‘Disekolah’ Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*