Ditik4m kawan baik,Ramlah Ram mula serik

 

PETALING JAYA: Penyanyi Ramlah Ram, 55, menepis d4kwaan seorang anti sosial atau mahu menjaga eksklusif hanya kerana jarang kelihatan di acara hiburan.

Sebaliknya, kata Ramlah, dia lebih selesa berada di rumah bersama keluarga daripada berpel3seran tidak tentu hala, sejak menceburkan diri dalam bidang seni, kira-kira tiga dekad lalu.

“Saya bukan seorang yang anti sosial tetapi memang sifat saya sejak dahulu lagi. Jika tak bekerja, saya lebih suka duduk di rumah bersama keluarga. Bercakap dengan kucing peliharaan lebih membuatkan saya berasa tenang.

“Ada ketika saya keluar berjumpa kawan untuk minum kopi. Jika perkara itu membabitkan soal kerja, saya akan pergi. Tetapi, jika pergi acara hiburan untuk suka-suka atau mahu tonjolkan diri, itu bukan saya,” katanya kepada BH Online.

Penyanyi popular dengan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu itu berkata, dia tidak mempunyai teman rapat dalam kalangan artis dan kebanyakan rakannya adalah peminat sendiri.

“Dahulu, saya ada berkawan rapat dengan golongan artis, tetapi sekarang sudah tiada. Saya kini lebih hati-hati dalam memilih kawan. Jika kawan biasa, saya tiada masalah tetapi kalau nak rapat dan boleh keluar bersama, ia tidak semudah itu.

Kena tik4m belakang

“Pengalaman masa lalu dit1ikam belakang dan hasvtan orang membuatkan saya berwaspada. Untuk menjadi kawan rapat, saya kena selesa dan percaya kepadanya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu berjudul Masar Cinta di Damansara Perdana, di sini, semalam.

Lagu berentak balada ini adalah hasil ciptaan presiden kelab peminatnya, allahy4rham ID Mifzal yang men1nggal dunia, tiga tahun lalu manakala liriknya ditulis Ismi Rusli.

Masar Cinta sudah boleh didapati di semua pelantar digital dan muzik video juga boleh dilayari dalam laman YouTube.

Hampir 10 tahun menj4nda, pintu hati Ramlah Ram belum terbuka untuk mana-mana lelaki

Ramlah, 54, berkata, dia berasa selesa hidup solo dan reda dengan perancangan Allah terhadap takdirnya selepas mengambil keputusan bercera1i sejak 10 tahun lalu.

“Mungkin buat masa sekarang, saya tak memberikan peluang untuk orang lain dekat dengan diri saya sebab hati saya tu rasa tak mencari ke situ.

“Lagipun, saya reda dengan apa yang terjadi macam pilihan saya kahwin, lepas tu saya berc3rai pun dalam keputusan yang nekad dan bulat.

Ramlah belum sedia beri peluang kepada mana-mana lelaki kenalinya dengan lebih rapat.

“Sepuluh tahun bukan satu masa yang singkat. Apa yang saya lakukan dengan bulat hati, satu keputusan yang muktamad dan takkan saya rasa k3sal atau apa,” katanya kepada mStar.

Ramlah ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke-12 Suria FM di Tropicana Mall pada Isnin.

Tambah Ramlah, dia mempunyai sebarang perancangan untuk membina rumah tangga sekali lagi dan membiarkan suratan hidupnya ditentukan takdir Tuhan.

“Saya tak berani cakap apa-apa sebab ini semua kerja Allah. Jodoh, ajal, pertemuan semua kerja Allah. Perc3raian pun tu semua kerja Allah.

Soal jodoh biarlah Allah yang merancangkan untuk saya.

“Jadi, maksudnya kita memilih apa yang terbaik. Janji kita tahu apa yang kita pilih tu adalah jalan yang betul. Soal jodoh biarlah Allah yang merancangkan untuk saya,” ujarnya.

 

Sumber: Dunia Dan Akhirat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Ditik4m kawan baik,Ramlah Ram mula serik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*