Joy Revfa bertunang dengan rakan kongsi

KUALA LUMPUR: Bekas isteri penyanyi, Hafiz Hamidun, usahawan kosmetik, Joy Revfa bertunang dengan rakan kongsi perniagaan di Shah Alam, semalam.

Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, 32, bagaimanapun, enggan mend3dahkan identiti jejaka pilihan hati yang bakal dinikahi, tahun ini.

Malah, pada perkongsian di Instagram, Joy ‘menutup’ wajah tunang dan anggota keluarganya, namun meletakkan tag di bawah akaun @zurev_ahmax pada entri terbabit.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Syukur alhamdulillah.. one step closer 💍 #dahjaditunangawak #sayasimpancincinawak . . We waste time looking for the perfect lover, instead of creating the perfect love 💕 #bismillah . . ENGAGEMENT DAY 💍 14 March 2020 Joy Revfa & Zxxxx Axxxx . @joyrevfa @zurev_ahmax . #joyrevfaeday . . Decoration Pelamin by : @fizadtouch_wedding_galore . . Decoration Stairs by : My Mom ( @sofiaabbas61 ) . . Photographer by : @normanyousuf . . Engagement Dress by : @dwenraha . . Makeup by : @mervecosmetic_hq . . Beautiful Henna by : @cempaka.inai . . Decoration Hantaran by : My Mom ( @sofiaabbas61 ) . . Catering by : @sajian.dhidang . . Jelly Cake & Pulut Kuning by : @cafenasitalam . @anisfareeza .

A post shared by New IG Acc 😭IG Lama Kena Hack (@joyrevfa) on

“Majlis pertunangan dibuat sederhana dan tertutup. Saya bersyukur majlis dihadiri teman rapat seperti Heliza Helmi, Mawar Karim dan Lufya.

“Insya-Allah, majlis perkahwinan dirancang, tidak lama lagi… Insya-Allah tahun ini juga,” katanya kepada BH Online.

Joy bersyukur ibunya, Sofia Abbas merestui pertunangan ini malah menjadi individu penting dalam membuat hiasan bagi setiap sudut rumah.

“Dulang hantaran pun ibu saya sediakan,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

14 March 2020 : Terima kasih Aki Mustapha Kamal & keluarga sudi datang jauh dari Kuantan #zurev #engagementday

A post shared by Allah swt comes FIRST ☝🏼 (@zurev_ahmax) on

Bercerita mengena jejaka pilihan hati, Joy mengaku mengenali rakan kongsinya itu, akhir tahun lalu.

“Kami bertemu pada mesyuarat di mana saya mahu melebarkan skop perniagaan dalam bidang kecergasan diri.

“Tunang saya adalah jurulatih kecergasan dan memiliki perniagaan sendiri. Akhirnya, kami jadi rakan kongsi di bawah Merve Fitness.

“Sejak itu, kami mula kenal hati budi masing-masing. Dia memiliki ciri-ciri lelaki idaman saya,” katanya sambil menambah tunangnya menjaga solat dan hubungan dengan bukan muhrim, selain mendalami ilmu agama.

Joy pernah dua kali mendirikan rumah tangga termasuk dengan Hafiz. Namun, mereka bercer4i pada 2017. Dalam perkahwinan pertama, Joy dikurniakan anak, Arryan Firdaus yang berusia enam tahun.

 

 

Sumber: BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Joy Revfa bertunang dengan rakan kongsi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*