“Sampai Lvka Tangan Tukar Lampin,” – Ella Pan1k Anak Menangis, Teruja Kehidupan Baru

Tidak mampu menyembunyikan keterujaan apabila bercerita mengenai anak angkatnya, Shanome Az Zahra, jelas ratu rock negara, Ella, kehidupannya kini berubah 360 darjah.

Ella atau nama sebenanya, Nor Zila Aminuddin berkata terlalu banyak perkara baru yang dipelajari bersama suami, Azhar Ghazali sejak mengambil Shanome sebagai anak angkat kira-kira setahun lalu.

“Dia sangat comel. Kami akan cuba mencari masa dan peluang untuk meluangkan masa dengannya.

“Rutin harian berubah kerana saya kena tukar semua jadual harian. Daripada segi waktu dan membeli belah. Keutamaan sekarang lebih kepada anak. Diri saya jatuh nombor dua tapi tak mengapa.

“Dia cepat belajar dan agak berdikari, yang penting perangainya sama seperti saya,” katanya.

Menghargai momen istimewa membesarkan anak, penyanyi berusia 53 tahun ini turut mengakui dia mengalami alahan dan menangis kerana pan1k.

“Sampai lvka tangan tukar lampin. Kulit saya sensitif dengan krim dan apabila menukar lampin dan menyapu krim ke badan anak, kulit saya luka. Masa mula-mula belajar menukar lampin memang saya panik. Takut namun sekarang sudah okay.

“Kalau anak menangis tak berhenti, saya pun menangis kerana tidak tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi itu semua perkara yang sangat sweet bila dikenangkan kembali,” katanya.

Ella terdahulu ditemui pada majlis sidang media pengumumannya sebagai duta kepada busana muslimah Sabella di Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Ella dan Azhar mendirikan rumah tangga pada Julai 2012.

 

Sumber: 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Sampai Lvka Tangan Tukar Lampin,” – Ella Pan1k Anak Menangis, Teruja Kehidupan Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*