Sembilan tahun ‘hilang’, Ramlah Ram disangka sudah bersara – “Saya belum lagi tinggalkan dunia nyanyian”

Ramlah jarang muncul di kaca TV tapi masih aktif terima tawaran membuat persembahan.

 

HAMPIR sembilan tahun ‘hilang’ daripada industri muzik, penyanyi Ramlah Ram disangka sudah tidak berminat dengan dunia nyanyian.

Biarpun lama tidak keluar dengan lagu baharu, Ramlah, 55, berkata, dia masih aktif dan menerima tawaran untuk menyanyi di acara tertutup.

“Sebenarnya saya masih lagi aktif dan menerima tawaran untuk membuat persembahan dalam acara tertutup. Selain itu, ada juga buat kerja lain berkaitan dengan karier seni.

Ramlah tampil dengan lagu terbaharu.

“Mungkin orang lihat saya tak ada keluar album atau lagu dan jarang muncul dalam mana-mana program televisyen, mereka anggap saya sudah berhenti.

“Tapi saya masih menyanyi dan belum lagi tinggalkan dunia nyanyian,” kata Ramlah.

Ramlah ditemui ketika majlis pelancaran single terbaharu berjudul Masar Cinta di Damansara Perdana, Petaling Jaya pada Jumaat.

 

Ketika rakaman, saya memang sukar nak menyanyi.

RAMLAH RAM

PENYANYI

Kali terakhir penyanyi kelahiran program Bintang RTM ini mengeluarkan single pada 2011 yang berjudul Diam-Diam Jatuh Cinta.

Dalam pada itu, Ramlah memberitahu dia berasa sebak sepanjang merakam lagu itu berikutan terkenang penggubah lagu bersama iaitu allahy4rham ID Mifzal yang men1nggal dunia pada Mac 2017. 

“Ketika rakaman, saya memang sukar nak menyanyi. Boleh dikatakan lagu ini paling susah nak rakam disebabkan terp4ksa berlawan dengan perasaan.

Ramlah Ram belum bersara.

“Saya rasa sebak sebab terkenangkan arw4h yang juga bekas presiden kelab peminat saya. Orang tak tahu betapa rapatnya hubungan kami dahulu.

“Lagu ini kami gubah bersama-sama, tapi arw4h tak sempat nak tengok hasil sepenuhnya. Memang saya rasa nak menangis tapi cuba kawal sebab nanti tak dapat pula nak menyanyi,” ujarnya.

 

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Sembilan tahun ‘hilang’, Ramlah Ram disangka sudah bersara – “Saya belum lagi tinggalkan dunia nyanyian”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*