Lagu baru Aliff Syukri ‘trending 1’ di Youtube und4ng pelbagai reaksi netizen

 

Siapa saja yang tidak mengenali dengan usahawan kosmetik ini, Datuk Seri Aliff Syukri yang bukan saja dikenali dalam bidang perniagaan tetapi dia juga sudah memiliki beberapa lagu nyanyiannya yang sering mendapat perhatian netizen.

Pun begitu, terdahulu dimaklumkan bahawa usahawan ini sekali lagi melancarkan sebuah lagu terbaru dan meskipun hanya berkongsikan teaser muzik video lagu di Instagram namun tidak disangkakan meraih pelbagai kritikan.

Video teaser tersebut hanya memaparkan keadaan dirinya yang menangis air mata dar4h. Walau bagaimanapun, lagu terbaru yang telah dilancarkan pada Jumaat lalu yang berjudul Cuba Bahagia telah trending di kedudukan nombor satu menerusi laman YouTube.

Lagu baru Aliff Syukri trending 1 di YouTube

Penyanyi lagu Bobo Dimana ini juga telah berkongsikan hal berkenaan menerusi laman Instagram miliknya bersama satu video nyanyiannya itu dengan bertanyakan kepada ramai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

adakah sbb suara sy terlalu sedap?? . . Saya ingin bahagia. Kenapa benda yang kita mahukan di dalam dunia ini, tidak semua benda kita akan dapat.. lagu ini telah sy posting … di youtube tv terlajak laris .. jgn lupa dengar kemerduan suara kebanggaan dunia

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Tanya usahawan ini, disebabkan apa orang ramai rasa lagunya itu trending nombor satu menerusi laman YouTube.

“Kenapa korang rasa lagu saya trending no1?? Adakah sebab suara saya terlalu sedap??”

“Saya ingin bahagia. Kenapa benda yang kita mahukan di dalam dunia ini, tidak semua benda kita akan dapat. Lagu ini telah saya posting. Di YouTube Tv Terlajak Laris. Jangan lupa dengar kemerduan suara kebanggan dunia.”

Di ruangan komen posting bagaimanapun, selain ada netizen yang memberikan komen positif namun usahawan terkenal ini juga tidak terlepas daripada menerima komen kurang senang netizen.

Ada yang puji lagu baru Aliff Syukri



Netizen kurang senang dengan nyanyiannya


Sumber: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri/HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Lagu baru Aliff Syukri ‘trending 1’ di Youtube und4ng pelbagai reaksi netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*