Covid-19: Ketua Penerangan UMNO Gesa Syarikat Telekomunikasi Beri 10GB Data Percuma Kepada Rakyat

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 bagi membendung penularan w4bak Covid-19. Sehubungan dengan itu, rakyat digesa agar tidak keluar dari rumah jika tiada urusan penting.

Dalam pada masa yang sama, Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan meminta agar syarikat telekomunikasi di dalam negara agar memberi bantuan kepada rakyat dengan memberi data internet secara percuma. Dia menyatakan hasratnya itu dengan memuat naik kenyataan di dalam akaun Facebook miliknya. Baginya, sudah tiba masa untuk syarikat gergasi telekomunikasi yang sudah sekian lama memperoleh keuntungan untuk memberi bantuan kepada rakyat.

10GB data percuma kepada pengguna

Menurutnya, keuntungan yang diperoleh daripada syarikat-syarikat telekomunikasi dalam negara amat besar. Ekoran dari seruan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, syarikat-syarikat ini harus berkongsi keuntungan bersama rakyat dengan memberi data internet percuma. Tambahnya lagi, keuntungan mereka sebelum ini membolehkan mereka mampu untuk memberi lebih besar size data percuma iaitu sebanya 10GB.

Keuntungan lebih besaar dari negara lain

Di samping itu, dia turut menegaskan bahawa keuntungan syarikat telekomunikasi di Malaysia amat tinggi sehingga mencecah 50% manakala di negara-negara maju lain seperti United Kingdon dan Amerika Syarikat hanya memperoleh keuntungan sebanyak 20%. Hal ini menunjukkan syarikat telekomunikasi di dalam negara mempunyai keuntungan bersih yag jauh lebih tinggi dari beberapa negara lain.

 

Sumber: Shahril Sufian Hamdan/OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Covid-19: Ketua Penerangan UMNO Gesa Syarikat Telekomunikasi Beri 10GB Data Percuma Kepada Rakyat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*