Datin Shahida Fain Penc3raian Dengan Dato Aliff Syukri? Ini Respond Datin Shahida Tentang Itu

 

Datin Shahida yang baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke 35 2 hari lalu di salah sebuah pusat anak yatim nampak semakin happy dan bahagia di samping anak anak.

Datin yang selalu memuat naik gambar bersama anak anak di ruangan instagramnya sering mencvri perhatian netizen apabila rata rata pengikutnya sangat suka dengan gelagat anak anaknya terutamanya si kecil Yusof dengan anak angkatnya Ameena.

ISTERI kepada usahawan kosmetik popukar Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid enggan memberikan komen terhadap d4kwaan dia sudah memfailkan perc3raian di m4hkamah.

Shahida ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia memohon maaf kerana tidak dapat memberikan komen lanjut mengenai status rumah tangganya.

“Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya,” katanya ringkas.

Ditanya adakah semua anak-anak berada dengannya ketika ini, Shahida hanya menjawab ‘ya’ menerusi aplikasi WhatsApp.

Datin Shahida juga, ada memuat naik gambar terbarunya anak anaknya menyatakan kalau Raudah sudah besar mesti menyelit sekali. Gambar tersebut nampak kegembiraan kesemua anak anaknya termasuklah Ameena.

Sementara itu, Aliff ketika dihubungi huga enggan mengulas mengenai perkara itu.

“No komen”, katanya kepada Harian Metro.

Kisah rumah tangga Alif dan Shahida mula menjadi bualan hangat apabila kedua mereka sudah tidak lagi saling mengikuti di Instagram.

Menguatkan lagi spekulasi mengenai masalah rumah tangga mereka apabila Aliff muncul menerusi lagu Cuba Bahagia yang bercerita mengenai lelaki yang dahagakan kebahagiaan dalam hidup daripada orang disayangi.

Sebelum ini, usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri mend3dahkan bahawa dia terdetik untuk kembali menjalani kehidupan lamanya sebelum dia menjadi seorang yang dikenali ramai seperti sekarang.

Ini kerana, menurut Aliff, 33, kemewahan dan populariti yang diraihnya pada hari ini dirasakan bukanlah jaminan kepada kebahagiaan hidup yang diimpikan selama ini.

“Dulu waktu saya susah, saya sangkakan apabila kita ada duit, kita akan seronok, tapi sebenarnya kalau kita banyak duit, kita akan hilang banyak benda seperti hilang kawan, hilang privasi dan hilang masa.

“Saya rasa macam nak tukar diri saya nak jadi orang yang tidak ingin dikenali, saya nak patah balik (kehidupan lama). Saya rasa nak berhenti daripada media sosial, nak bawa apa yang saya ada ke luar negara,” katanya kepada Gempak.

Bahkan, ketika ditanya mengenai apa yang boleh membuatkan dirinya bahagia ketika ini, katanya, dia mahukan kehidupan seperti orang kebanyakan.

“Saya nak gaji RM3,500, saya nak duduk rumah teres, mungkin saya nak ada kereta Exora dan menyorokkan diri, daripada apa yang saya pernah inginkan 15 tahun lepas.

“Saya rasa benda itu lebih buat saya gembira. Tapi itulah, manusia ini tak pernah cukup, dah dapat apa yang dihajati, mahukan lain pula,” luahnya.

Biarpun begitu, kata Aliff, setiap apa yang dilaluinya itu menjadikan dirinya seorang yang lebih matang.

“Saya percaya apa yang berlaku dalam hidup ini buat saya lebih matang.

“Saya akui saya sudah kedepankan diri dan inilah benda yang saya perlu terima. Saya perlu bangun dan bangkit,” ujarnya yang kini muncul dengan single berjudul Cuba Bahagia.

Lagu tersebut dikatakan merupakan gambaran luahan perasaan hatinya yang sedih dengan apa yang dilaluinya kini.

Sebelum ini, Aliff terpalit dengan beberapa k0ntroversi termasuklah 1su pergolakan rumah tangga dan pend3eraaan kanak-kanak.

 

Sumber: Hmetro/Transformasi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Datin Shahida Fain Penc3raian Dengan Dato Aliff Syukri? Ini Respond Datin Shahida Tentang Itu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*