“Baru Tahu Tahap Keselesaan Dia, Habis Kuar4ntin Aku Nak Beli Tujuh” – Lelaki Ini Cuba Baju Kelawarr… Ramai Suka!

Baju keIawar menjadi tular di laman sosial gara-gara terdapat golongan lelaki yang pertama kali mencuba dan mengakui keselesaannya.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @thefunsizeguy berkongsi rasa selesa apabila memakai baju keIawar buat pertama kali ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Baru aku tahu tahap keselesaan baju keIawar ini bagaimana. Habis kuar4ntin aku nak beli 7. Untuk dipakai seminggu,” tulisnya menerusi satu kicauan.

Hasil tinjauan di Twitter, ramai netizen lelaki yang mengakui keselesaan memakai baju keIawar yang selama ini sinonim dengan para wanita.

Malah, ada yang turut berkongsi foto memakai baju keIawar milik ibu atau kakak sebagai tanda setuju.

“Tahu takpe. Aku selalu share ngan kakak aku dulu,” kata seorang wargamaya.

“Best betul kan, dia punya syiok perghh” puji seorang wargamaya.

“Dan ia juga boleh menyelimuti diri sendiri. Apabila ditiup angin. Terasa seperti lipas merayap-rayap di badan dengan kibaran kain. Hahahahha,” kata seorang wargamaya.

“Den ada 4 kakak. Semua baju keIawar dio den dah pakai. Kadang dio meng4mok pakai baju kelawa eh. Den kata nanti den basuhlah. Last-last den humban yo dalam bakul,” luah seorang wargamaya lagi.

Pendapat ini turut dipersetujui oleh para wanita yang rata-ratanya gemar memakai baju keIawar pada waktu malam.

Pakailah baju kelawar siapa pun, asalkan anda duduk rumah sepanjang tempoh PKP ini untuk hapuskan rantaian C0v1d-19.

Sumber gambar: Twitter @datininaz, @raihanaroslan dan @izzazri122

Kredit: Gempak / lm.vvip.blog

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Baru Tahu Tahap Keselesaan Dia, Habis Kuar4ntin Aku Nak Beli Tujuh” – Lelaki Ini Cuba Baju Kelawarr… Ramai Suka!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*