Anak Tempatan Bina Robot Untuk Bantu D0ktor

Saban hari barisan hadapan di negara kita yang terdiri dari d0ktor, jururawat, petugas kesihatan dan lain-lain bertugas mengerahkan tenaga bagi menyelamatkan ny4wa pes4kit C0v1d-19. Satu w4bak yang masih belum ada v4ksin buatnya, v1rus ini bukan sahaja menular di Malaysia malah di seluruh dunia.

Sebelum ini sebuah negara luar menggunakan bantuan robot untuk memantau pergerakan rakyatnya. Satu inisiatif moden yang mampu mengurangkan risiko penularan j4ngkitan ini. Namun di Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila ada anak tempatan yang mencipta robot d0ktor bagi membantu barisan petugas kesihatan.

Dibangunkan oleh Centre for Unmanned Technologies (CUTe) Universiti Islam Antarabangsa, robot ini diberi nama MediBot V1-U. Tujuan robot ini dihasilkan adalah untuk meringankan beban petugas barisan hadapan.

VIDEO:

MediBot V1-U ini dilengkapi dengan kamera infra merah (FLIR) untuk mengesan haba tubuh pes4kit. Jika haba tubuh dikesan tinggi, d0ktor akan menerima amaran pes4kit memiliki simpt0m C0v1d-19.

Selain itu robot ini turut dilengkapi dengan beberapa ciri seperti skrin di depan yang membolehkan pes4kit berinteraksi dengan d0ktor menerusi kamera web yang tersedia.

Lebih menarik robot yang dikawal menggunakan frekuensi radio dan internet ini turut lengkap dengan sinaran lampu ultra ungu C (UV-C) yang berfungsi untuk membasmi kuman dan semburan nyahkuman.

Berikut adalah rakaman pendek demonstrasi penggunaannya:

VIDEO:

Sumber: Center for Unmanned Technologies – CUTe / HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Anak Tempatan Bina Robot Untuk Bantu D0ktor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*